Wednesday, February 20, 2013

SaHaBaT SyAhId


Habib bin Zaid


Dalam sebuah rumah yang penuh keharuman iman di setiap sudutnya di lingkungan keluarga yang di dahinya tampak membayangkan gambaran pengorbanan,disanalah Habib bin Zaid dibesarkan.

Ayah Habib, Zaid bin ‘Ashim, adalah salah seorang dari rombongan Yatsrib yang pertama masuk Islam. Dia termasuk tujuh puluh kelompok yang melakukan baiah kepada Rasulallah di Aqabah. Kemudian, diikuti istri dan dua orang putranya dalam melakukan baiah kepada Rasulallah.

Ibu Habib, Ummu Amarah Nasibah Al-Maziniyah, merupakan wanita pertama yang memikul senjata untuk mempertahankan agama Allah dan membela Muhammad Rasulallah.
Saudaranya, Abdullah bin Zaid, adalah pemuda yang mempertaruhkan lehernya sebagai tebusan dalam perang Uhud, untuk melindungi Rasulallah yang mulia. Karenanya, Rasulallah berdoa bagi keluarga tersebut, “Semoga Allah melimpahkan barakah dan rahmat-Nya bagi kalian sekeluarga.”

Nur Ilahi (cahaya iman) telah menyinari hati Habib bin Zaid sejak dia masih muda remaja, sehingga sangat kukuh melekat di hatinya.

Telah ditakdirkan Allah dia bersama-sama ibu, bapa dan saudaranya pergi ke Makkah, turun mengambil saham beserta tujuh puluh kelompok untuk melakukan baiah kepada Rasulullah SAW dan melukis sejarah. Habib bin Zaid mengulurkan tangannya yang kecil kepada Rasulullah sambil mengucapkan sumpah setia pada malam gelap gelita di Aqabah.

Maka sejak hari itu dia lebih mencintai Rasulullah dari pada ibu bapanya sendiri. Dan Islam lebih mahal baginya daripada dirinya sendiri.

Habib bin Zaid tidak turut berperang dalam peperangan Badar, kerana ketika itu dia masih kecil. Begitu pula dalam peperangan Uhud, dia belum memperoleh kehormatan untuk ikut mengambil saham, kerana dia belum kuat memikul senjata. Tetapi sesudah kedua peperangan itu berlalu dia selalu ikut berperang bersama- sama Rasulullah SAW, dan bertugas sebagai pemegang bendera perang yang dibanggakan.

Pada tahun kesembilan hijrah tiang-tiang Islam telah kuat tertancap dalam di bumi Arab. Jamaah dari seluruh pelusuk Arab bertandang ke Yatrib menemui Rasulullah SAW, masuk Islam di hadapan beliau, dan berjanji (baiah) patuh dan setia.

Diantara itu terdapat pula rombongan Bani Hanifah dari Nejed. Mereka menambat unta-unta mereka di pinggir kota Madinah, dan dijaga oleh beberapa orang sahabat mereka. Seorang diantara penjaga ini bernama Musailamah bin Habib Al-Hanafy. Para utusan yang tidak bertugas menjaga kendaraan, pergi menghadap Rasulallah SAW. Di hadapan baginda mereka menyatakan ingin masuk Islam beserta kaumnya. Rasulallah menyambut kedatangan mereka dengan hormat dan ramah tamah. Bahkan baginda memerintahkan supaya memberi hadiah kepada mereka dan sahabat-sahabat mereka yang tidak hadir, kerana bertugas menjaga kenderaan.

Tidak berapa lama setelah para utusan Bani Hanifah ini sampai di kampung mereka, Nejed, Musailamah bin Habib Al-Hanafy murtad dari Islam. Dia berpidato di hadapan orang banyak menyatakan dirinya Nabi dan Rasul Allah. Dia mengatakan bahwa Allah mengutusnya menjadi Nabi untuk Bani Hanifah, sebagaimana Allah mengutus Muhammad bin Abdullah untuk kaum Quraisy. Bani Hanifah menerima pernyataan Musailamah tersebut dengan pelbagai alasan. Tetapi yang penting diantaranya ialah karena sifat hasabiah.

Seorang dari pengikutnya berkata, “Saya mengakui sungguh Muhammad itu benar dan Musailamah sungguh bohong. Tetapi kebohongan orang Rabi’ah (Musailamah) lebih saya sukai dari pada kebenaran orang Mudhar (Muhammad).

Tatkala pengikut Musailamah bertambah banyak dan kuat, dia mengirim surat kepada Muhammad Rasulallah:

“Teriring salam untuk Anda. Adapun sesudah itu…

Sesungguhnya aku telah diangkat menjadi sekutu Anda. Separuh bumi ini adalah untuk kami, dan separuh lagi untuk kaum Quraisy.
Tetapi kaum Quraisy berbuat keterlaluan.”

Surat tersebut dihantar oleh dua orang utusan Musailamah kepada Rasulallah SAW. Selesai membaca surat itu, Rasulullah SAW bertanya kepada keduanya, “Bagaimana pendapat Anda berdua (mengenai pernyataan Musailamah ini)"?

Jawab mereka, “Kami sependapat dengan Musilamah!”

Sabda Rasulullah SAW,
“Demi Allah! Seandainya tidak dilarang membunuh para utusan, sesungguhnya kupenggal leher kalian.”

Rasulallah membalas surat Musailamah sebagai berikut.
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dari Muhammad Rasulallah, kepada Musailamah pembohong.Keselamatan hanyalah bagi siapa yang mengikuti petunjuk (yang benar).Adapun sesudah itu…Sesungguhnya bumi ini adalah milik Allah, Dialah yang berhak mewariskannya kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendakinya.Kemenangan adalah bagi orang-orang yang taqwa.”

Balasan Surat tersebut dikirimkan melalui kedua utusan Musailamah.

Musailamah bertambah jahat, dan kejahatannya semakin meluas. Rasulallah mengirim surat lagi kepada Musailamah, memperingatkan supaya dia menghentikan segala kegiatannya yang menyesatkan itu. Baginda mengarahkan Habib bin Zaid, iaitu pahlawan yang kita ceritakan ini, untuk menghantar surat tersebut kepada Musailamah. Ketika itu Habib masih muda belia. Tetapi dia pemuda mukmin yang kuat beriman, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Habib bin Zaid berangkat melaksanakan tugas yang diamanahkan Rasulallah kepadanya dengan penuh semangat, tanpa merasa lelah dan membuang masa atau bermalas-malasan. Gunung yang tinggi didakinya, lembah yang dalam dituruninya. Akhirnya sampailah dia ke perkampungan Nejed. Maka diberikan surat Rasulallah itu terus kepada Musailamah.Ketika Musailamah membaca surat tersebut dadanya turun naik karana iri dan dengki. Mukanya menguning memancarkan kejahatan dan kepalsuan. Lalu diperintahkannya kepada pengawal supaya mengikat Habib bin Zaid.

Esok pagi Musailamah muncul di majlisnya diiringkan para pembesar dan pengikutnya kiri dan kanan. Dia mengadakan majlis terbuka untuk orang ramai. Kemudian diperintahkannya membawa Habib bin Zaid ke hadapannya. Habib masuk ke dalam majlis dalam keadaan terbelenggu, dan berjalan tertatih-tatih kerana beratnya belenggu yang dibawanya.

Habib bin Zaid berdiri di tengah-tengah orang ramai yang penuh kedengkian dan kesombongan. Dia berdiri tegap, kukuh dan kuat. Musailamah bertanya kepada Habib, “Apakah kamu mengaku Muhammad itu Rasulallah?”

“Ya, benar! Aku mengakui Muhammad sesungguhnya Rasulallah!” jawab Habib bin Zaid tegas.

Musailamah terdiam kerana marah. “Apakah kamu mengakui, aku Rasulallah?” Tanya Musailamah.

Habib bin Zaid menjawab dengan nada menghina dan menyakitkan hati.
“Agaknya telingaku tuli. Aku tidak pernah mendengar yang begitu,” jawab Habib bin Zaid.

Wajah Musailamah berubah. Bibirnya gemeretak kerana marah. Lalu mengarahkan orang suruhannya, “Potong tubuhnya sepotong!”

Orang suruhannya menghampiri Habib bin Zaid, lalu dipotongnya bagian tubuh Habib, dan potongan itu mengngeleding di tanah.

Musailamah bertanya kembali, “Apakah kamu mengakui Muhammad itu Rasulallah?”
Jawab Habib, “Ya, aku mengakui sesungguhnya Muhammad Rasulallah!”

Tanya Musailamah, “Apakah kamu mengakui aku Rasulallah?”

Jawab Habib, “Telah kukatakan kepadamu, telingaku tuli mendengar ucapanmu itu!”

Musailamah menyuruh potong pula bagian lain tubuh Habib, dan potongannya jatuh berhampiran potongan yang pertama. Orang ramai terbelalak melihat Habib yang keras hati dan tetap menentang. Musailamah terus bertanya, dan orang suruhan Musailamah terus pula memotong-motong tubuh Habib berkali-kali sesuai dengan perintah Musailamah. Walaupun begitu, Habib tetap berkata, “Aku mengakui sesungguhnya Muhammad Rasulallah!”

Separuh tubuh Habib telah terpotong-potong dan potongannya berselerakan di tanah. Separuhnya lagi bagaikan longgokan daging yang pandai bicara. Akhirnya, jiwa Habib melayang menemui Tuhannya. Kedua bibirnya senantiasa mengucapkan Nabi SAW dengan siapa dia telah berjanji setia pada malam Aqabah, iaitu Muhammad Rasulallah.

Setelah berita kematian Habib bib Zai sampai kepada ibunya Nasibah bin Maziniyah, ia berucap, “Seperti itu pulalah aku harus membuat perhitungan dengan Musailamah Al-Kadzdzab. Dan kepada Allah jua aku berserah diri. Anakku Habib bin Zaid telah bersumpah setia dengan Rasulallah SAW sejak kecil. Sumpah itu dipenuhinya ketika dia muda belia. Seandainya Allah memungkin kan ku, akan ku suruh anak-anak perempuan Musailamah menampar pipi bapanya.”

Beberapa lama sesudah kematian Habib bib Zaid, tibalah hari yang dinanti-nantikan Nasibah. Khalifah Abu Bakar mengerahkan kaum muslimin memerangi Nabi-nabi palsu. Antara lain nabi palsu Musailamah Al-Kadzdzab. Kaum muslimin berangkat untuk memerangi Musailamah. Dalam pasukan itu terdapat Al-syahid Al-Maziniyah dan putranya Abdullah bin Zaid.

Ketika perang di Yamamah itu telah berkecamuk, kelihatan para syahid membelah barisan demi barisan bagaikan seekor singa. Para syahid berteriak, “Di mana musuh Allah itu, tunjukkan kepadaku!”

Waktu ditemukannya, didapatinya Musailamah telah tewas tersungkur di medan pertempuran, dengan darahnya membasahi pedang kaum muslimin. Tidak lama kemudian, para syahid pun gugur pula sebagai syahidah. Keduanya telah tewas. Namun keduanya berada di arah yang berbeza. Para syahid pergi ke syurga, sedangkan Musailamah menuju ke neraka.
[sumber: Kepahlawanan Generasi Sahabat Rasulullah SAW]

Talhah bin Ubaidillah


Nama sebenar beliau ialah Uthman bin Amru. Beliau dilahirkan 28 tahun sebelum Hijrah. Berasal dari kaum QUraisy tetapi lain suku dengan Rasulullah s.a.w. Ibu beliau bernama Sa'abah binti al-Hadram berasal dari Yaman. Pada awalnya, Talhah ibn Ubaidillah merupakan seorang peniaga kain. Beliau kerap berniaga dan membawa barangan berharga dari Syria. Sebelum memeluk Islam, Talhah pernah ke Basrah dan bertemu seorang pendita. Pendita ini lah yang memberitahu kepada beliau akan datang seorang Nabi bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Setelah pulang ke Makkah, beliau bertemu Abu Bakar r.a dan mengadap Rasulullah untuk mengucap dua kalimah syahadah. Beliau memeluk Islam semasa umurnya 18 tahun.


Beliau terkenal sebagai seorang saudagar yang kaya raya. Menurut Ibnu Khaldun dalam muqaddimah, diera Usman, kemasukan harian Talhah dari penjuru Iraq berjumlah lebih kurang 1,000 dinar emas setiap hari. Pada zaman nabi, beliau turut serta dalam Perang Uhud disamping peperangan yang lain selepas itu. Beliau tidak dapat menyertai Peperang Badar disebabkan pada masa itu beliau berada di Syam.

Antara ciri-ciri unggul yang ada pada Talhah adalah sifat beraninya semasa berada didalam medan perjuangan. Sifat ini terserlah semasa Perang Uhud pada tahun ke 3 Hijrah. Semasa tentera kafir Quraisy melakukan serangan mengejut nabi telah tercedera dan pada ketika itu sahabat yang pertama berada disisi nabi bagi melindungi baginda adalah Talhah bin Ubaidillah. Beliau menjadikan badannya sebagai perisai semasa menghadapi serangan musuh yang datang bertubi-tubi bagi membunuh nabi. Akhirnya badannya dipenuhi lebih kurang 70 kesan luka, jari-jari tangannya juga putus.  Rasulullah s.a.w menggelarkan beliau sebagai "Syahid yang hidup" kerana keadaan fizikalnya ketika itu yang sudah cedera akibat terlibat dengan banyak pertempuran bersama baginda. Hadis Nabi berkenaan kehebatan beliau:
"Barangsiapa yang ingin melihat syahid yang sedang berjalan di muka bumi ini, lihatlah pada Talhah ibn Ubaidillah".

Beliau turut terlibat dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Ketika Perang Jamal, beliau berada di pihak Saidatina Aishah binti Abu Bakar bersama Zubair ibn Awwam menentang Khalifah Ali bin Abi Talib. Beliau akhirnya terkorban akibat lembing beracun yang dilemparkan oleh Marwan bin al-Hakam pada tahun 36 Hijrah sewaktu berusia 63 tahun.

Monday, February 4, 2013

KeMbArA kE KaMpUnG HaLaMaN ^_^



Mesyuarat Pre-Council National Strategy Execution Summit (Pre-NSES), National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang telah dipengerusikan oleh Ybhg. Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 27 Disember 2012 telah memutuskan agar Program “My Beautiful Malaysia Day” diadakan sempena Tahun Sukarelawan 2013. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah National Blue Ocean Strategy 8 (NBOS 8) yang mensasarkan penyertaan sejuta sukarelawan bersama-sama dengan pelbagai agensi yang akan dilancarkan secara serentak oleh YAB Perdana Menteri di seluruh negara pada 3 Februari 2013. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah diberi mandat untuk menyelaras dan melaksanakan program tersebut di Negeri Johor Darul Takzim. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terpilih untuk menghantar sukarelawan ke program tersebut.Oleh itu, Kelana Siswa daripada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dipilih untuk menjadi sukarelawan untuk program tersebut.

Pada 2 Februari 2013 seramai 30 orang peserta Kelana Siswa beserta seorang pensyarah selaku pengiring program mengikuti program sukarelawan tersebut. Destinasi pertama kami adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM).Kami bertolak dari Politeknik Sultan Salahuddin Ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada pukul 2.30 petang iaitu,setelah semua urusan dan penyerahan vase dilaksanakan.Seterusnya,kami berhenti seketika di perhentian Ayer keroh, Melaka untuk menunaikan solat asar.

Setelah beberapa jam perjalanan,kami tiba di destinasi iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada pukul 4.00 petang.Setelah tiba di destinasi yang ditetapkan,pensyarah dan Ajk Kelana Siswa menguruskan pengagihan bilik kepada kami untuk menginap di sana semalaman.Setelah urusan pengagihan bilik selesai,kami dibawa ke bilik masing-masing dan berihat sebentar sebelum ke Bandar Hilir,Melaka untuk bersiar-siar.



Ini lah bilik dimana kami menginap ^_^...
(Penginapan di Universiti Teknikal Maklaysia, Melaka)
Cantik,kemas dan selesa...^_^...teringat pula kat Almarhumah kak
Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (seorang mujahid sejati) yang telah kembali ke rahmatullah...kak Siti Hajar merupakan pelajar di UtEM.. 


Tepat pada jam 7.00 petang,kami bertolak ke Bandar Hilir,Melaka untuk bersiar-siar.Kami tiba di sana pada pukul 7.35 petang.Kami bersiar-siar ke pahlawan walk,Menara Taming Sari..dan mcm2 lagi tempat...Alhamdulillah...x sngke dapat jmpe Johan asa'ri kat sne dgn fans die...Setelah bersiar-siar kami kembali ke penginapan kami pada jam 9.45 malam dan tiba di penginapan kami (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) pada pukul 10.15 malam.









Jom2 naek beca ..huhuu cantik..




Menara Taming Sari ^_^...sayang masa xmengizinkan untuk naik ke atas..tp,Alhamdulillah berkesempatan untuk lihat menara tersebut ^_^


Kemudian, kami diberi rihat secukupnya di bilik masing-masing sebelum melanjutkan aktiviti seterusnya pada keesokan hari.

Pada 3 Februari 2013,para sukarelawan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memulakan perjalanan mereka ke Muar,Johor pada jam 6.44 pagi.


Kami tiba di Muar, Johor pada pukul 9.10 pagi. Suasana di sana sibuk dan kesesakan lalu-lintas turut berlaku akibat berpuluh-puluh buah bas daripada badan-badan sukarelawan daripada berpuluh-puluh buah Institut Pengajian Tinggi berhenti di tepi jalan. Sejurus kami tiba di lokasi,kami perlu berjalan sehingga 1km untuk menuju tapak perhimpunan bagi Program “My Beautiful Malaysia Day”.Kemudian kami diarah untuk berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi Pengakap Daerah untuk menerima tugasan selaku sukarelawan bagi program tersebut.

Setiap,daripada kami ditugaskan untuk membawa pelajar-pelajar institut pengajian tinggi untuk berkumpul di padang bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh menteri besar Johor iaitu Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman.Seterusnya, meraikan Majlis Perasmian Program  “My Beautiful Malaysia Day”,yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.







Agak kelam- kelibut mse 2...sbb nk bawak 200 lbih pelajar ke padang...ade jge yg kne paksa...ish3 lumrah manusia..sbar sahabat^_^

Setelah tamat majlis tersebut,secara tidak langsung kami melakukan kerja-kerja sukarelawan^_^...Qilla dan kwn2 turut membantu pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk mengagihkan makanan kepada pelajar-pelajar Institut pengajian tinggi.




hehee untung dapat makan KFC free..tp,qilla & ain paling last makan.sedih3..huhuu T_T..




Setelah semuanya selesai, kami diberi kebenaran unuk pulang, bas bertolak pulang dari Muar, Johor ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 12.00 tengah hari. Kemudian kami berhenti seketika di perhentian Ayer keroh, Melaka untuk menuneikan solat Zohor.Kemudian, kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 2.30 petang, seterusnya kami bersurai.

Laporan Cik Aqilla ke Kampung halaman^_^..
Sayang kampung ku,Muar Johor...
Copy paste drpd Laporan Kelana Siswa..hehehe ^_^...

Sunday, February 3, 2013

ImPiAn MuSLiM



Impian kita hidup didunia sebagai khalifah di muka bumi ini...
P/s - Untuk diri sendiri ^_^

Bukanlah mengumpul harta yang banyak di dunia...
Bukanlah menjadi pelajar yang paling pintar di kalangan yang pintar...
Bukanlah menjadi yang terkuat antara yang terkuat...
Tetapi,impian kita hidup di dunia ini adalah untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah S.W.T...
InsyaAllah ^_^
Dan...masalah terbesar umat Islam adalah,apabila kita xdapat menduduki Syurga Allah...
Islam bukan sahaja pada nama...tapi,Islam yang ada diakui hati,dibenarkan dengan lisan,dan diamal dengan anggota...
InsyaAllah...




Friday, February 1, 2013

WaRkAh InSaN

Perutusan buat ayahanda dan bonda yang kucintai...

Bismillahirrahmannirrahim

Wahai Ayahanda dan bonda yang kucintai...
Anak mu merindui mu disini...
Anak mu ini rindu untuk mendengar suara mu...
Amak mu rindu senda gurau mu...
Anak mu ni..rindu pelukan kasih sayang mu...
Anakanda mu ini sering merintih untuk pulang kepangkuan ayahanda dan bonda...

Wahai ayahanda dan bonda yang ku kasihi...
Jasa mu tidak dapat ku balas...
Meskipun,berjuta-juta ku laburkan untuk mu...
Walaupun berguni-guni emas ku beri...
Walaupun berbilang-bilang bangunan ku bina buatmu...

Wahai ayahanda dan bonda...
Doamu mengiringi perjuangan ku...
Restu mu membuatku bahagia...
Pengorbanan mu membuat ku kenal erti kehidupan...
Terima kasih wahai ayahanda dan bonda tercinta...
Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupan mu...
Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki keatas mu...
Semoga Taufiq dan Hidayah kekal di dalam diri mu...
Semoga Allah mencampakkn kasih sayang Nya buat mu...
Semoga kita berjumpa di Jannatul Firdaus...


Anak mu yang selalu merindui mu,