Saturday, June 6, 2015

ALLAH always BE with YOU

ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ الرحيم
ﺍﻟﻠﻬﻢ صلى على محمد و ﻋﻞ ﺍﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻭﺑﺮﻙ ﻭﺳﻠﻢ
Assalamualaikum

Lama dah tak buka blog ni..bukan setakat berhabuk je..ish3 ..Alhamdulillah..insan ini telah tamat pengajian di politeknik shah alam..sekarang merancang untuk mencari sumber rezeki pula..InshaaAllah..

Banyak kenangan yang ditinggalkan disana..maksudnya di politeknik..kenangan bersama class mate..house mate..dan mate2 yg lain..huhuuu lagi2 pada rakan majlis ilmu..Allah..terasa jauh..terasa kosong..mana perginya jiwa2 yang sentiasa menangis? mana perginya jiwa yang sentiasa rindukan tuhannya (ﺍﻟﻠﻪ) dan kekasih hatinya (رﺳﻮﻝ الله) dan juga para ulama dan ahlul bait? Dimana jiwa itu? ..hmm smuanya semakin pudar..entah kenapa..adakah jiwa ini jauh dari majlis ilmu? tidak..jika diri dan jiwamu ditarbiah dgn baik..kamu tidak akan merasa kosong..cintamu akan sentiasa mekar..berkekalan di hati dan jiwa mu..adakah kamu telah mentarbiah dirimu? jawab lah wahai jiwa yang kosong..adakah kamu berjaya menetapkan cinta2 teragongmu didalam hatimu?

Sungguh aq hanya manusia biasa..yang hanya memiliki sekeping jiwa yang rapuh..setiap hari dan setiap waktu perlu diisi dengan sesuatu..sesuatu yang boleh mendekatkan aq dengan Nya..dengan Sang Maha Pencipta..Wahai jiwa dan hati..tetapkan lah matlamatmu..dunia ini sementara..kamu ingin mengejar dunia? sampai bila wahai hati..jiwa? ..Sesungguhnya akhirat itu kekal abadi..usah di harap pada harta..pada keturunanmu..pada manusia..semua itu akan hilang..

Kepada jiwa2 yang kosong..kembalilah..penuhkan kembali cintamu dengan cintavyang teragong..kembalilah kepadaNya..disaat kamu putus cinta..kehilangan kerja..kehilangan orang yang tersayang,ingatlah..dan sentiasa bersyukur..kerana kamu masih ada lagi Sang Pencipta..mohon lah kepadaNya,dengan sebenar-benar permohonan..Dia sentiasa mendengar Syukuri lah nikmat yang telah diberikan,nikmat (ISLAM & IMAN)

Semoga Allah sentasa merahmati kita semua..teruskan hidup,jangan putus asa..selagi hidup..Allah sentiasa mendengar..Allah sentiasa bersama hambaNya yang soleh ^_^

maassalam
Assalamualaikum