Monday, January 14, 2013

PeSaNaN TeRaKhIr RASULALLAH

Isi Khutbah Terakhir Rasulallah S.A.W
        Ketika Rasulallah S.A.W mengerjakan ibadah haji yang terakhir,maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranuh,Bukit Arafah,baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin,di antara isi dari khutbah terakhir Rasulallah S.A.W itu ialah:
        " Segala puji bagi Allah,kami memujiNya,meminta pertolongannya,memohon keampunanNya dan bertaubat kepadaNya.Kami juga berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri sendiri dan daripada keburukan amal perbuatan yang kami kerjakan.
        Barangsiapa yang diberi petujuk oleh Allah,maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanaya.
        Aku bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba Allah dan pesuruhNya.Aku berpasan berwasiat kepada kamu wahai sekalian hamba Allah,hendaklah kamu sentiasa bertakwa kepada Allah dan taat kepadaNya.
       Sekarang dengarlah baik-baik wahai sekalian manusia apa yang hendak aku terangkan.Aku ingin menyampaikan kepada kamu,kerana aku tidak dapat memastikan tentang umurku,berkemungkinan kita tidak dapat berjumpa lagi sesudah tahun ini di tempat aku berucap ini.
       Ingatlah,bahawa darah kamu dan harta benda kamu adalah diharamkan bagi kamu (menumpahkannya dan menggunakannya dengan cara yang salah ). Larangan yang demikian itu sama seperti kehormatan pada hari ini (hari wukuf) dan kehormatan yang ada pada bulan kamu ini (bulan haji) juga kehormatan yang ada di negeri kamu ini (tanah suci). Kerana kamu akan menghadap Tuhan kamu,pada saat itu dia akan menanyakan tentang segala amal perbuatan yang kamu lakukan.Bukankah selama ini aku telah menyampaikan kepada kamu apa yang diperintahkan oleh Allah?
       Rasulallah S.A.W meneruskan khutbahnya:"Ya Tuhanku,Engkaulah jua yang menjadi saksi.Sesiapa yang ada menyimpan atau memegang amanah orang,hendaklah dia mengembalikannya kepada pemiliknya,dan bahawa riba dalam segala bentuknya adalah batal dan haram dilakukan.
       Selepas itu baginda membacakan sebahagian ayat dari surah Al-Baqarah ayat 279 yang bermaksud:"Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya."
       Setelah Rasulallah menerangkan tentang segala amalan yang bertentangan dengan islam yang biasa dilakukan pada zaman Jahiliah,selanjutnya beginda menjelaskan "sebenarnya syaitan telah putus asa bahawa ia tidak akan disembah lagi di bumi kamu ini selama-lamanya,tetapi dia akan berpuas hati dalam perkara-perkara yang lain kiranya kamu terdorong menurut hasutannya dengan melakukan maksiat kejahatan.Oleh itu berhati-hatilah terhadap angkaranya supaya kamu terpesong dari ajaran agama kamu"
       Seterusnya baginda menjelaskan tentang bilangan bulan pada sisi Allah iaitu dua bulan lalu baginda meneruskan khutbahnya:
"Wahai umat Islam,bertakwalah kamu kepada Allah terhadap urusan kaum perempuan.Wahai kaum lelaki! Ambillah perempuan sebagai isterimu dengan amanah Allah,dan berhubunganlah dengan isterimu secara halal dengan kalimah Allah.
      Isteri mempunyai kewajipan terhadap suami,begitu pula sebaliknya,suami mempunyai kewajipan terhadap isterinya.Diantara hak-hak seorang suami terhadap isterinya ialah,janganlah mereka membenarkan masuk ke rumah kamu seseorang yang tidak kamu sukai.Jika isteri kamu melanggar larangan ini maka bolehlah kamu memukulnya.Di antara hak-hak isteri kamu terhadap kamu pula ialah hendaklah kamu memberi nafkahnya dan pakaian dengan cara yang baik.
      Sebenarnya kaum perempuan itu memerlukan perlindungan kamu,mereka tidak mampu membela diri mereka sendiri sebagaimana mestinya.Justeru itu,berlaku baiklah kamu terhadap kaum perempuan dan berpesan-pesanlah kamu tentang perintah ini,supaya perintah ini menjadi amalan hidup kamu masing-masing.
      Aku telah meninggalkan kepada kamu wahai umat Islam dua perkara,selagi kamu berpegang teguh kepadanya,maka kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya,dua perkara itu ialah kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya.
      Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara.Tidak halal bagi seseorang mengambil hak milik atau harta benda orang lain kecuali yang diberikan dengan kecelaan hatinya.Oleh itu kerana itu awaslah! Jangan berlaku zalim kepada diri kamu sendiri dan kepada orang lain.
      Wahai umat manusia! Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu iaitu Adam.Kamu semua adalah keturunan Adam dan Adam itu pula berasal dari tanah.Semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang bertakwa.Tidak ada kelebihan seseorang keturunan Arab di atas seseorang lain yang bukan Arab melainkan dengan takwanya dan dengan ini aku menyampaikan dan Allah jualah yang menjadi saksi"
      Setelah Rasulallah menerangkan beberapa perkara lagi tentang hukum pembahagian harta pusaka lalu Rasulallah menghalakan jari telunjuknya ke arah langit sambil berkata: "Ya, Tuhanku,Engkaulah juga yang menjadi saksi.Ya Tuhanku, Engkaulah juga yang menjadi saksi.Ya Tuhanku, Engkaulah juga yang menjadi saksi.
      Selepas khutbah terakhir Rasulallah S.A.W itu,turunlah wahyu yang bermaksud:"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepadamu dan Aku redha Islam menjadi agamamu..."(Al-Maidah: 3)
      Dari wasiat Rasulallah SAW dalam khutbah terakhir itu,ada beberapa perkara atau perintah yang perlu diperhatikan oleh setiap umat Islam.Perkara-perkara tersebut secara umum dapat disimpulkan:
1. Larangan membunuh manusia.
2. Larangan mencari harta dan membelanjakan secara haram.
3. Bersifat amanah.
4. Larangan memakan riba'.
5. Jangan berbuat zalim.
6. Jangan mengikuti hasutan syaitan.
7. Kewajipan suami terhadap isteri.
8. kewajipan isteri terhadap suami.
9. Berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah.
10.Persaudaraan sesama Islam.
11.Tuhan adalah satu.
12.Seluruh makhluk manusia adalah keturunan Adam.
13.Bertaqwa kepada Allah.
14.Islam agama sempurna.

Dipetik daripada- Pesanan Terakhir Rasulallah (Khutbah Al-Wida')
     
     
       

Friday, January 11, 2013

MaKnA KeHiDuPaN

Kehidupan ibarat sebuah lautan yang luas..
yang mana..hanya ada satu perhentian sebelum ke tempat sepatutnya dituju..

Dunia adalah diibaratkan sebuah perhentian..dimana hamba-hamba Allah mempersiapkan diri mereka untuk bertemu yang Maha Esa (Allah)..Dunia ini juga adalah pentas lakonan..dimana,kita akan melakonkan segala-galanya yang telah tertulis (ditakdirkan oleh Allah) di Luh Mahfuz...Hanya doa,usaha dan tawakal yang mengubah takdir tersebut,sama ada..untuk memilih kepada kebaikan..ataupun kebinasaan...Tugas manusia adalah sebagai khalifah di bumi Allah..beribadat kepadanya,melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya...setiap perkara dicatat pula oleh Raqib dan A'tid..dimana semuanya akan dibalas diakhirat kelak melalui timbangan yg sepatutnya..jika timbangan kita lebih dibahagian kanan..maka..kita adalah hamba yg beruntung..Jika sebaliknya..Nauzubillahiminzalik..semua perbuatan kita didunia akan dibalas seadil-adilnya diakhirat..semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beruntung...Amin..

P/s- Untuk diri sendiri yg sering alpa -_-

Saturday, December 22, 2012

BeRfiKiR DaN BeRsYuKuRLah

Berfikir dan Bersyukurlah...

Maksudnya hendaklah kamu mengingat nikmat-nikmat Allah S.W.T atasmu,dan ternyata ia menyelimutimu dari atas kepalamu sampai bawah kakimu.

Allah S.W.T berfirman:
Ertinya:
          "...dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah s.w.t..nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..."
                                                                                (Ibrahim:34)

Kesihatan di badan,aman di dalam negeri,makanan dan pakaian,udara dan air.Kamu sebenarnya memiliki dunia sedangkan kamu tidak terasa.Kamu memiliki kehidupan,sedangkan kamu tidak menyedarinya.

Allah S.W.T berfirman:
Ertinya:
          "...dan menyempurnakan untukmu nikmatNya zahir dan Batin..."
                                                                                (Luqman:20)

Kamu memiliki kedua-dua mata,lisan dan dua bibir kedua tangan dan kaki.

Allah S.W.T berfirman:
Ertinya:
          "Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan"
                                                                              (Ar-Rahman:13)

Apakah ini suatu perkara yang mudah? Kamu berjalan diatas kedua-dua kakimu,sedangkan berapa banyak kaki yang terpotong .Kamu bersandar dengan kedua-dua betismu,sedangkan berapa banyak betis yang telah terpotong.

Apakah suatu perkara yang kecil?kamu dapat tidur dengan nyenyak sedangkan rasa sakit telah menghilangkan tidur kebanyakan orang.Kamu mengenyangkan perutmu dengan makanan-makanan yang lazat,dan kamu bersedawa kerana minum air yang sejuk sedangkan disana masih ramai orang yang kesusahan mencari makanan dan kamu menjadi kepayahan menelan minuman kerana suatu penyakit.

Apakah kamu ingin satu mata milikmu ditukar dengan emas sebesar gunung uhud?...apakah kamu mahu menjual pendengaranmu dengan segunung perak?...Apakah kamu akan membeli bangunan-bangunan yang indah dengan lisanmu sehingga kamu bisu?... Apakah kamu ingin menukar kedua-dua tanganmu dengan seutas kalung mutiaradan permata hingga cacatlah tanganmu?

Sesungguhnya kamu berada di dalam suatu kenikmatan yang sempurna dan kurnia yang besar,hanya saja kamu tidak menyedarinya. Kamu hidup dalam keadaan susah dan kesedihan yang mendalam,sedangkan kamu memiliki roti yang hangat,air yang sejuk,tidur tidur yang nyenyak dan kenyamanan yang berlimpah.

Kamu memikirkan sesuatu yang tidak ada sedangkan kamu tidak bersyukur di atas sesuatu yang ada.Kamu terkejut atas kerugian harta,sedangkan kamu memiliki kunci kebahagiaan serta kenikmatan yang berlimpah,fikirkan dan syukurilah.

Allah S.W.T berfirman:
Ertinya:
          "Pada diri kamujuga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. Adakah kamu tidak memerhatikannya?"
                                                                             (Al-Zariyat:21)

Berfikirlah tentang dirimu,keluargamu,rumahmu,pekerjaanmu,kesihatanmu,sahabatmu dan alam sekitarmu.

Allah S.W.T berfirman:
Ertinya:
          "Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal daripada Allah s.w.t..tetapi mereka mengingkarinya..."
                                                                            (An-Nahl:83)

     

Dipetik Daripada Buku- 30 Tip Penenang Hati..
Oleh- Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni



Tuesday, October 2, 2012

BiSmiLLahiRrahManNirRahim

Siapa pun anda pada masa lalu..tidak bermakna anda tidak boleh berubah kearah kebaikan...jangan takot untuk berubah kearah kebaikan..sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.....


SeMaIkAn BeNiH-BeNiH CiNtA BuAt RASULALLAH

MeNcArI CiNtA sEjAtI

Assalamualaikum..disini qila ingin berkongsi tentang ape yang tertulis dalam hidup seowg wanita ini...ianya tentg luahan seorang wanita yang keliru akan dirinya sendiri...die ingin mencari cinte yang agong..kerana-Nya...namun die rasekan diri nye sebagai wanita yg hipokrit..dan xlayak menerima cinte yang agong kerananya-Nya(Allah)...bnyk pengalaman yg die tlah lalui..pengalaman tersebut mengajarnye erti kehidupan dan cinta sejati..die sedar..tanpa cinta..hatinya kosong bagaikan pelayar yang tidak tahu akan tujuannya..dengan cinta..die mengenali tuhannya..dengan cinta..die mengenali rasulnya..dengan cinta...die mengenali keluarganya..dengan cinta juga..die mengenali saudara2 nya..smue takdirnya telah tertulis di luh mahfus..sesuai dgn takdirnya sebagai seorang muslimah..namun..die msih lg tercari2 cinta yang ikhlas kerana Allah..terlalu banyak peristiwa yang wanita ini lalui..die prnah melalui zaman kegelapannya..yg die rasakan bagaikan  dunie kejahilannya..die juga pernh kehilangan sahabat sejati yg disayangi..dgn berbekalkan iman dan taqwanye kpd Allah..die kuatkan dirinya..namun ujian demi ujian menimpanya..die menempuhi ujian tersebut dgn hati yg tabah..ramai teruna yang ingin memiliki cntenya..namun,die kuatkan dirinya untuk mencari cinta yang selama ini die dambakan..die perbetulkan niatnya..die sematkan iman di dadanya..die beramal dgn lisan dan perbuatannya..die lakukaan semua itu dgn ikhlas kerana Allah..tokohnya rabiatul Addawiyah(seowg wanita yg tunduk kepada tuhannya..yang sentiasa memenuhi ruang hidupnya dgn nama2 Allah)...baginya..biarlah Allah sahaja menilai akan keimanan dirinya..biarlah Allah sahaja menetapkan jodohnya..baginya juga..ssungguhnya,ibadatnya,hidupnya,matinya dan jodohnya..kerana ALLAH S.W.T....