Thursday, January 24, 2013

KeGeMrAn RASULALLAH S.A.W



Adalah Nabi kita Muhammad SAW itu tidak memilih sangat makanan asalkan yg halal, makanan yg beliau minati adalah Dlafaf iaitu makanan asasi di negerinya seperti nasi di negara kita.

  Dan Nabi tidak makan makanan yg PANAS. beliau bersabda : "makanan yg masih panas itu kurang berkat. Sesungguhnya Allah SWT tiada menganugerahkan api sebagai makanan kita, maka sejukkanlah makanan itu sebelum dimakan."

  Adalah Nabi SAW suka juga makan roti, buah-buahan. Dan buah-buahan yg paling beliau gemari adalah buah semangka dan buah anggur. Biasanya Nabi makan buah semangka itu dengan roti dan gula, kadang2 Nabi SAW makan semangka (Tembikai) dengan Ruthab (Tamar).
KEGEMARAN RASULALLAH S.A.W  

Dan makanan yg paling Nabi gemari adalah daging, dan beliau bersabda yg bermaksud : "Bahawa daging itu menambahkan pendengaran dan daging juga penghulu makanan di dunia dan akhirat, dan juga sekiranya aku minta kepada Tuhanku bahawa ia memberikannya kepadaku pada tiap-tiap hari, nescaya dianugerahinya". 

  Kadang2 Nabi SAW  makan roti berkuah dgn daging dan buah labu. Beliau suka kpd buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

  Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu krn labu itu menguatkan hati yg duka".

  Adalah Nabi SAW memakan daging burung yg ditangkap oleh org lain, dan beliau tidak menagkap burung itu dan tidak memburu burung itu sendiri, beliau suka org lain menagkap dan membawa kepadanya.








Wednesday, January 23, 2013

PUISI BuAt KeKaSiH ALLAH...


PUISI BUAT KEKASIH ALLAH...

Ya Rasulallah...
Islam itu berkembang kerana usaha dakwahmu...
Engkau tetap teguh berdakwah...
Walaupun dicaci,dimaki,diherdik...
Kerana Cintamu kepada Allah..
Dikau sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga mu di jalan Ilahi...
Pergi mu ditangisi Para Sahabat dan umat-umatmu...

Ya Rasulallah...
Walaupun diri ini tidak pernah melihat wajah mu...
Walaupun diri ini tidak pernah mendengar suara mu...
Walaupun diri ini hanya mengenal diri mu melalui sejarah dan perjuanganmu...
Cinta yang tersemat di dalam jiwa ini membuatkan ku kuat untuk mencontohi mu...

Ya Rasulallah...
Umat-umat mu ini sedang merindui mu...
Adakah engkau tahu..bertapa rindunya kami kepada mu Ya Rasulallah...
Air mata yang mengalir pada hari 11 rabiulawal ini..
Adalah kerana kami sangat-sangat merinduimu Ya Rasulallah
Umat-umat ini lah yang akan kamu pimpim sewaktu melintasi sirat Allah...
Yang menentukan kami sama ada ke syurga atau ke neraka...
Subahanallah...kami umat-umat mu yakin..
Bahawa dirimu turut merindui kami...

Ya Rasulallah...
Syafaat mu menyelamatkan kami daripada api neraka...
Ya Rasulallah...
Sesungguhnya umat-umatmu merindui mu...
Selawat ku kirimkan kepada mu Ya Rasulallah sebagai tanda mengingati mu...
Tiadalah aku mencintai diri ku...
Kerana sesungguhnya hati ini milik mu dan Allah...
Cinta ku ini tidak akan luput...
Selagi jasad ini masih bernyawa...
Selagi jihad ini belum selesai...

SuBuRkAn BeNiH-BeNiH CiNtA BuAt KeKaSiH ALLAH...
MUHAMMAD S.A.W...

اللهم صلى على محمد


Sambutan Maulidurrasul
Semaikan benih-benih cinta buat Rasulallah S.A.W



Wednesday, January 16, 2013

WaNiTa YaNg BaIk

Surah Al Ahzab. Ayat 035.




Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang 
perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta 
orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang 
taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang 
lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan 
orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang 
sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) 
serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) 
dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang 
perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang 
berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan 
orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta 
orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan 
orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak 
serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah 
banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya 
keampunan dan pahala yang besar.

Tuesday, January 15, 2013

MaSa BeRLaLu TeLaH BerLaLu

Masa Lalu Telah Berlalu

        Mengingat masa lalu,kemudian terlalu asyik berinteraksi dengannya dan bersedih hati atas masa yang telah berlalu,merupakan kebodohan dan kegilaan,hanya akan mematikan keinginan serta menghancurkan kehidupan saat ini.
        Sesungguhnya kejadian masa lalu,menurut orang yang berakal telah digulung dan tidak diceritakan lagi,dikurung selamanya di dalam penjara kelupaan,diikat dengan tali yang kuat di penjara ketelantaran,maka ia tidak keluar selamanya.Ia dikurung di tempat yang sempit hingga tidak melihat cahaya kerana ia telah berlalu dan selesai.
        Tidak ada kesedihan yang dapat mengembalikannya,tidak ada kesusahan yang dapat memperbaikinya,tidak ada rasa jenuh yang dapat membenarkannya,ataupun rasa sakit hati yang dapat membangkitkannya,kerana ia pada hakikatnya sudah tiada lagi.
        Oleh itu janganlah kamu hidup dalam kepedihan masa lalu,dan di bawah bayang-bayangnya.Selamatkanlah dirimu dari perangkap masa lalu.Apakah kamu hendak mengembalikan aliran sungai ke muaranya,matahari ke tempat terbitnya,anak kecil ke dalam perut ibunya,air mata ke matanya lagi?
        Sesungguhnya kamu,dengan reaksimu yang berlebihan,ketakutanmu,bara dendammu akan masa lalu,dan kekecewaan di hadapan masa lalu,merupakan suatu keadaan yang buruk dan mengkhuatirkan.
        Membaca catatan masa lalu merupakan kegiatan yang mensia-siakan waktu yang ada dan mensia-siakan kesempatan yang berharga.Allah telah menyebutkan umat-umat yang terdahulu dan apa yang telah mereka lakukan kemudian.
Allah S.W.T berfirman:
Ertinya: "Itulah umat yang telah lalu..."
                                                                                                                    (Al-Baqarah: 134)

        Selesai sudah masa mereka,dan tidak ada gunanya lagi untuk menghuraikan bentuk zaman,serta mengulang kembali masa yang telah berlalu.
        Sesungguhnya orang yang kembali ke masa lalu,bagaikan orang yang membuat kembali adunan sedangkan adunan itu telah selesai dibuat dan dilaksana ornag yang menggergaji sisa-sisa potongan kayu.
        Dahulu orang-orang berkata dengan orang yang mengisi masa lalu,"Kamu tidak dapat mengeluarkan orang-orang mati dari kubur mereka".Ada juga yang mengumpamakan dengan bahasa haiwan bahawa mereka bertanya kepada seekor keldai,"Mengapa kamu tidak menurut?" Ia menjawab,"Aku benci pembohongan".
        Sesungguhnya cubaan kita adalah ketika kita tidak mampu menghadapi masa kini,tenggelam menyibukkan diri dengan masa lalu,menelantarkan bangunan-bangunan kita yang indah,serta memerlihara puing-puing yang telah hancur.Andaikan jin dan manusia berkumpul untu mengembalikan masa lalu,nescaya mereka tidak mampu kerana perkara ini sangatlah mustahil.
       Sesungguhnya manusia tidak memerhatikan apa yang telah tertutup,dan tidak menoleh ke belakang,kerana angin berhembus ,ke depan,dan air mengalir ke depan,begitu juga dengan kafilah berjalan ke arah hadapan,maka janganlah kamu menentang jalan kehidupan.

Dipetik daripada- 30 Tips penenang hati (Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni)

    

Monday, January 14, 2013

PeSaNaN TeRaKhIr RASULALLAH

Isi Khutbah Terakhir Rasulallah S.A.W
        Ketika Rasulallah S.A.W mengerjakan ibadah haji yang terakhir,maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranuh,Bukit Arafah,baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin,di antara isi dari khutbah terakhir Rasulallah S.A.W itu ialah:
        " Segala puji bagi Allah,kami memujiNya,meminta pertolongannya,memohon keampunanNya dan bertaubat kepadaNya.Kami juga berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri sendiri dan daripada keburukan amal perbuatan yang kami kerjakan.
        Barangsiapa yang diberi petujuk oleh Allah,maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanaya.
        Aku bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba Allah dan pesuruhNya.Aku berpasan berwasiat kepada kamu wahai sekalian hamba Allah,hendaklah kamu sentiasa bertakwa kepada Allah dan taat kepadaNya.
       Sekarang dengarlah baik-baik wahai sekalian manusia apa yang hendak aku terangkan.Aku ingin menyampaikan kepada kamu,kerana aku tidak dapat memastikan tentang umurku,berkemungkinan kita tidak dapat berjumpa lagi sesudah tahun ini di tempat aku berucap ini.
       Ingatlah,bahawa darah kamu dan harta benda kamu adalah diharamkan bagi kamu (menumpahkannya dan menggunakannya dengan cara yang salah ). Larangan yang demikian itu sama seperti kehormatan pada hari ini (hari wukuf) dan kehormatan yang ada pada bulan kamu ini (bulan haji) juga kehormatan yang ada di negeri kamu ini (tanah suci). Kerana kamu akan menghadap Tuhan kamu,pada saat itu dia akan menanyakan tentang segala amal perbuatan yang kamu lakukan.Bukankah selama ini aku telah menyampaikan kepada kamu apa yang diperintahkan oleh Allah?
       Rasulallah S.A.W meneruskan khutbahnya:"Ya Tuhanku,Engkaulah jua yang menjadi saksi.Sesiapa yang ada menyimpan atau memegang amanah orang,hendaklah dia mengembalikannya kepada pemiliknya,dan bahawa riba dalam segala bentuknya adalah batal dan haram dilakukan.
       Selepas itu baginda membacakan sebahagian ayat dari surah Al-Baqarah ayat 279 yang bermaksud:"Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya."
       Setelah Rasulallah menerangkan tentang segala amalan yang bertentangan dengan islam yang biasa dilakukan pada zaman Jahiliah,selanjutnya beginda menjelaskan "sebenarnya syaitan telah putus asa bahawa ia tidak akan disembah lagi di bumi kamu ini selama-lamanya,tetapi dia akan berpuas hati dalam perkara-perkara yang lain kiranya kamu terdorong menurut hasutannya dengan melakukan maksiat kejahatan.Oleh itu berhati-hatilah terhadap angkaranya supaya kamu terpesong dari ajaran agama kamu"
       Seterusnya baginda menjelaskan tentang bilangan bulan pada sisi Allah iaitu dua bulan lalu baginda meneruskan khutbahnya:
"Wahai umat Islam,bertakwalah kamu kepada Allah terhadap urusan kaum perempuan.Wahai kaum lelaki! Ambillah perempuan sebagai isterimu dengan amanah Allah,dan berhubunganlah dengan isterimu secara halal dengan kalimah Allah.
      Isteri mempunyai kewajipan terhadap suami,begitu pula sebaliknya,suami mempunyai kewajipan terhadap isterinya.Diantara hak-hak seorang suami terhadap isterinya ialah,janganlah mereka membenarkan masuk ke rumah kamu seseorang yang tidak kamu sukai.Jika isteri kamu melanggar larangan ini maka bolehlah kamu memukulnya.Di antara hak-hak isteri kamu terhadap kamu pula ialah hendaklah kamu memberi nafkahnya dan pakaian dengan cara yang baik.
      Sebenarnya kaum perempuan itu memerlukan perlindungan kamu,mereka tidak mampu membela diri mereka sendiri sebagaimana mestinya.Justeru itu,berlaku baiklah kamu terhadap kaum perempuan dan berpesan-pesanlah kamu tentang perintah ini,supaya perintah ini menjadi amalan hidup kamu masing-masing.
      Aku telah meninggalkan kepada kamu wahai umat Islam dua perkara,selagi kamu berpegang teguh kepadanya,maka kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya,dua perkara itu ialah kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya.
      Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara.Tidak halal bagi seseorang mengambil hak milik atau harta benda orang lain kecuali yang diberikan dengan kecelaan hatinya.Oleh itu kerana itu awaslah! Jangan berlaku zalim kepada diri kamu sendiri dan kepada orang lain.
      Wahai umat manusia! Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu iaitu Adam.Kamu semua adalah keturunan Adam dan Adam itu pula berasal dari tanah.Semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang bertakwa.Tidak ada kelebihan seseorang keturunan Arab di atas seseorang lain yang bukan Arab melainkan dengan takwanya dan dengan ini aku menyampaikan dan Allah jualah yang menjadi saksi"
      Setelah Rasulallah menerangkan beberapa perkara lagi tentang hukum pembahagian harta pusaka lalu Rasulallah menghalakan jari telunjuknya ke arah langit sambil berkata: "Ya, Tuhanku,Engkaulah juga yang menjadi saksi.Ya Tuhanku, Engkaulah juga yang menjadi saksi.Ya Tuhanku, Engkaulah juga yang menjadi saksi.
      Selepas khutbah terakhir Rasulallah S.A.W itu,turunlah wahyu yang bermaksud:"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepadamu dan Aku redha Islam menjadi agamamu..."(Al-Maidah: 3)
      Dari wasiat Rasulallah SAW dalam khutbah terakhir itu,ada beberapa perkara atau perintah yang perlu diperhatikan oleh setiap umat Islam.Perkara-perkara tersebut secara umum dapat disimpulkan:
1. Larangan membunuh manusia.
2. Larangan mencari harta dan membelanjakan secara haram.
3. Bersifat amanah.
4. Larangan memakan riba'.
5. Jangan berbuat zalim.
6. Jangan mengikuti hasutan syaitan.
7. Kewajipan suami terhadap isteri.
8. kewajipan isteri terhadap suami.
9. Berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah.
10.Persaudaraan sesama Islam.
11.Tuhan adalah satu.
12.Seluruh makhluk manusia adalah keturunan Adam.
13.Bertaqwa kepada Allah.
14.Islam agama sempurna.

Dipetik daripada- Pesanan Terakhir Rasulallah (Khutbah Al-Wida')
     
     
       

Friday, January 11, 2013

MaKnA KeHiDuPaN

Kehidupan ibarat sebuah lautan yang luas..
yang mana..hanya ada satu perhentian sebelum ke tempat sepatutnya dituju..

Dunia adalah diibaratkan sebuah perhentian..dimana hamba-hamba Allah mempersiapkan diri mereka untuk bertemu yang Maha Esa (Allah)..Dunia ini juga adalah pentas lakonan..dimana,kita akan melakonkan segala-galanya yang telah tertulis (ditakdirkan oleh Allah) di Luh Mahfuz...Hanya doa,usaha dan tawakal yang mengubah takdir tersebut,sama ada..untuk memilih kepada kebaikan..ataupun kebinasaan...Tugas manusia adalah sebagai khalifah di bumi Allah..beribadat kepadanya,melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya...setiap perkara dicatat pula oleh Raqib dan A'tid..dimana semuanya akan dibalas diakhirat kelak melalui timbangan yg sepatutnya..jika timbangan kita lebih dibahagian kanan..maka..kita adalah hamba yg beruntung..Jika sebaliknya..Nauzubillahiminzalik..semua perbuatan kita didunia akan dibalas seadil-adilnya diakhirat..semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beruntung...Amin..

P/s- Untuk diri sendiri yg sering alpa -_-