Monday, February 4, 2013

KeMbArA kE KaMpUnG HaLaMaN ^_^



Mesyuarat Pre-Council National Strategy Execution Summit (Pre-NSES), National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang telah dipengerusikan oleh Ybhg. Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 27 Disember 2012 telah memutuskan agar Program “My Beautiful Malaysia Day” diadakan sempena Tahun Sukarelawan 2013. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah National Blue Ocean Strategy 8 (NBOS 8) yang mensasarkan penyertaan sejuta sukarelawan bersama-sama dengan pelbagai agensi yang akan dilancarkan secara serentak oleh YAB Perdana Menteri di seluruh negara pada 3 Februari 2013. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah diberi mandat untuk menyelaras dan melaksanakan program tersebut di Negeri Johor Darul Takzim. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terpilih untuk menghantar sukarelawan ke program tersebut.Oleh itu, Kelana Siswa daripada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dipilih untuk menjadi sukarelawan untuk program tersebut.

Pada 2 Februari 2013 seramai 30 orang peserta Kelana Siswa beserta seorang pensyarah selaku pengiring program mengikuti program sukarelawan tersebut. Destinasi pertama kami adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM).Kami bertolak dari Politeknik Sultan Salahuddin Ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada pukul 2.30 petang iaitu,setelah semua urusan dan penyerahan vase dilaksanakan.Seterusnya,kami berhenti seketika di perhentian Ayer keroh, Melaka untuk menunaikan solat asar.

Setelah beberapa jam perjalanan,kami tiba di destinasi iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada pukul 4.00 petang.Setelah tiba di destinasi yang ditetapkan,pensyarah dan Ajk Kelana Siswa menguruskan pengagihan bilik kepada kami untuk menginap di sana semalaman.Setelah urusan pengagihan bilik selesai,kami dibawa ke bilik masing-masing dan berihat sebentar sebelum ke Bandar Hilir,Melaka untuk bersiar-siar.



Ini lah bilik dimana kami menginap ^_^...
(Penginapan di Universiti Teknikal Maklaysia, Melaka)
Cantik,kemas dan selesa...^_^...teringat pula kat Almarhumah kak
Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (seorang mujahid sejati) yang telah kembali ke rahmatullah...kak Siti Hajar merupakan pelajar di UtEM.. 


Tepat pada jam 7.00 petang,kami bertolak ke Bandar Hilir,Melaka untuk bersiar-siar.Kami tiba di sana pada pukul 7.35 petang.Kami bersiar-siar ke pahlawan walk,Menara Taming Sari..dan mcm2 lagi tempat...Alhamdulillah...x sngke dapat jmpe Johan asa'ri kat sne dgn fans die...Setelah bersiar-siar kami kembali ke penginapan kami pada jam 9.45 malam dan tiba di penginapan kami (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) pada pukul 10.15 malam.









Jom2 naek beca ..huhuu cantik..




Menara Taming Sari ^_^...sayang masa xmengizinkan untuk naik ke atas..tp,Alhamdulillah berkesempatan untuk lihat menara tersebut ^_^


Kemudian, kami diberi rihat secukupnya di bilik masing-masing sebelum melanjutkan aktiviti seterusnya pada keesokan hari.

Pada 3 Februari 2013,para sukarelawan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memulakan perjalanan mereka ke Muar,Johor pada jam 6.44 pagi.


Kami tiba di Muar, Johor pada pukul 9.10 pagi. Suasana di sana sibuk dan kesesakan lalu-lintas turut berlaku akibat berpuluh-puluh buah bas daripada badan-badan sukarelawan daripada berpuluh-puluh buah Institut Pengajian Tinggi berhenti di tepi jalan. Sejurus kami tiba di lokasi,kami perlu berjalan sehingga 1km untuk menuju tapak perhimpunan bagi Program “My Beautiful Malaysia Day”.Kemudian kami diarah untuk berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi Pengakap Daerah untuk menerima tugasan selaku sukarelawan bagi program tersebut.

Setiap,daripada kami ditugaskan untuk membawa pelajar-pelajar institut pengajian tinggi untuk berkumpul di padang bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh menteri besar Johor iaitu Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman.Seterusnya, meraikan Majlis Perasmian Program  “My Beautiful Malaysia Day”,yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.







Agak kelam- kelibut mse 2...sbb nk bawak 200 lbih pelajar ke padang...ade jge yg kne paksa...ish3 lumrah manusia..sbar sahabat^_^

Setelah tamat majlis tersebut,secara tidak langsung kami melakukan kerja-kerja sukarelawan^_^...Qilla dan kwn2 turut membantu pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk mengagihkan makanan kepada pelajar-pelajar Institut pengajian tinggi.




hehee untung dapat makan KFC free..tp,qilla & ain paling last makan.sedih3..huhuu T_T..




Setelah semuanya selesai, kami diberi kebenaran unuk pulang, bas bertolak pulang dari Muar, Johor ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 12.00 tengah hari. Kemudian kami berhenti seketika di perhentian Ayer keroh, Melaka untuk menuneikan solat Zohor.Kemudian, kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 2.30 petang, seterusnya kami bersurai.

Laporan Cik Aqilla ke Kampung halaman^_^..
Sayang kampung ku,Muar Johor...
Copy paste drpd Laporan Kelana Siswa..hehehe ^_^...

Sunday, February 3, 2013

ImPiAn MuSLiM



Impian kita hidup didunia sebagai khalifah di muka bumi ini...
P/s - Untuk diri sendiri ^_^

Bukanlah mengumpul harta yang banyak di dunia...
Bukanlah menjadi pelajar yang paling pintar di kalangan yang pintar...
Bukanlah menjadi yang terkuat antara yang terkuat...
Tetapi,impian kita hidup di dunia ini adalah untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah S.W.T...
InsyaAllah ^_^
Dan...masalah terbesar umat Islam adalah,apabila kita xdapat menduduki Syurga Allah...
Islam bukan sahaja pada nama...tapi,Islam yang ada diakui hati,dibenarkan dengan lisan,dan diamal dengan anggota...
InsyaAllah...




Friday, February 1, 2013

WaRkAh InSaN

Perutusan buat ayahanda dan bonda yang kucintai...

Bismillahirrahmannirrahim

Wahai Ayahanda dan bonda yang kucintai...
Anak mu merindui mu disini...
Anak mu ini rindu untuk mendengar suara mu...
Amak mu rindu senda gurau mu...
Anak mu ni..rindu pelukan kasih sayang mu...
Anakanda mu ini sering merintih untuk pulang kepangkuan ayahanda dan bonda...

Wahai ayahanda dan bonda yang ku kasihi...
Jasa mu tidak dapat ku balas...
Meskipun,berjuta-juta ku laburkan untuk mu...
Walaupun berguni-guni emas ku beri...
Walaupun berbilang-bilang bangunan ku bina buatmu...

Wahai ayahanda dan bonda...
Doamu mengiringi perjuangan ku...
Restu mu membuatku bahagia...
Pengorbanan mu membuat ku kenal erti kehidupan...
Terima kasih wahai ayahanda dan bonda tercinta...
Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupan mu...
Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki keatas mu...
Semoga Taufiq dan Hidayah kekal di dalam diri mu...
Semoga Allah mencampakkn kasih sayang Nya buat mu...
Semoga kita berjumpa di Jannatul Firdaus...


Anak mu yang selalu merindui mu,



Friday, January 25, 2013

WaRkAh InSaN...

WaRkAh BuAt BaKaL SuAmIkU

Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha penyayang...

InsyaAllah...dengan izinNya..aku akn berjumpa dengan mu wahai pemimpin ku...
Warkah ini khas untuk mu...
Khas untuk orang yang benar-benar mencintaiku...
Jangan lah engkau mencintaiku kerana Kecantikan ku...
Jangan lah engkau mencintaiku kerana Harta ku...
Jangan lah pula engkau mencintaiku kerana Keturunan ku...
Engkau cintailah aku kerana AGaMa ku..
Sungguh indah perasaan yang Allah kurniakan kepada kita...
Maafkan aku wahai bakal suamiku...
Aku telah memberikan cintaku kepada orang yang tidak sepatutnya..
Sanggupkah engkau menerimaku?
Alhamdulillah wahai bakal suamiku...
Allah telah membukakan hatiku untuk berubah...
Aku mencintai mu kerana AGAMA mu...
Bukan paras rupa yang ku cari...
Bukan kekayaan yang ku kejar...
Bukan juga nasab keluarga mu...
Ttapi,aku mencintaimu kerana cintamu kepada Allah dan Rasul...
Jangan engkau melebihkan aku daripada ibu bapamu...
Aku hnyalah insan yang menemani mu dan menjadi penyeri dalam hidup mu...
InsyaAllah..
Wahai bakal suamiku...
Engkau didiklah aku...
Aku ingin menjadi ketua bidadari mu di Syurga Allah..
Semoga engkau lebih tertarik untk memilhku berbanding bidadari2 syurga...
Aku ingin bersama-samamu d'dunia dan d'akhirat...
InsyaAllah..
Wahai suami ku,InsyaAllah aku akn didik hati ini untuk mu...
Supaya aku boleh menjadi perhiasan dalam hidupmu...
Wahai suamiku..
Jika satu hari nnti kita sudah diikat dgn jnji (bertunang)..
Aku berharap..kita menjaga batas-batasnya..
Dan meletakkan cinta Allah dan Rasul yang utama..
Mulai hari ini..dengan izin Allah (insyaAllah)...
Aku akn menjaga hatiku khas buat mu...
Wahai bakal suamiku...
Maafkan ku..kerana selama ini aku tidak menjaga hati ku...
khilaf ku...
Terimalah daku apa adanya...

Ya Allah..satukan kami ddunia dan diakhirat..kekal selama-lamanya dalam Barakah,Rahmat dan Redhamu..

Warkah Buat bakal suamiku...

KeLeBiHaN AL-QURAN

Kelebihan Al-Quran.


Firman Allah S.W.T 
Ertinya : "Dan bacakanlah (Muhammad) apa yang diwahyukan kepadamu, iaitu Kitab Tuhanmu (Al-Quran). Tidak ada yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya. Dan kamu tidak dapat menemukan tempat berlindung selain daripadaNya.
                                                                                                                  (Surah Al-Kahfi : 27)

Maksud ayat ini jelas mengatakan bahawa, Al-Quran adalah sebuah kitab yang benar..Dimana isi kandungannya merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara.Al-Quran adalah kitab yang kekal sehingga ke akhir zaman..Tiada 1 ayat atau 1 huruf pun yang boleh diubah...Al-Quran juga adalah petunjuk bagi orang yang ingin bertaqwa...Berikut adalah nama-nama Al-Quran :


1. Al-Kitab (Kitab)
Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.
Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, (menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. 
                                                                           (al-Baqarah: 2)
2. Al-Hudaa (Petunjuk)
Allah SWT telah menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah petunjuk. Dalam satu ayat Allah menyatakan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia (2:185) dan dalam satu ayat yang lain Allah nyatakan ia sebagai petunjuk bagi orang-orang betaqwa. (3:138 )
Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) …
                                                                          (al-Baqarah: 185)
3. Al-Furqan (Pembeda)
Allah SWT memberi nama lain bagi Al-Quran dengan Al-Furqan beerti Al-Quran sebagai pembeda antara yang haq dan yang batil. Mengenali Al-Quran maka kesannya sewajarnya dapat mengenal Al-Haq dan dapat membedakannya dengan kebatilan.
Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad) … 
                                                                               (al-Furqan: 1)
4. Ar-Rahmah (Rahmat)
Allah menamakan Al-Quran dengan rahmat kerana dengan Al-Quran ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al-Quran ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan tersebut.
Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar serta rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian. 
                                                                               (al-Isra: 82)
 5. An-Nuur (Cahaya)
Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Quran menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesame manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Dengan kitab itulah Allah member petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari kegelapaan kepada cahaya dengan izinNya dan menunjukkan ke jalan yang lurus.
                                                                            (al-Maidah: 17)
6. Ar-Ruuh (Roh)
Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia tanpa roh akanmati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al-Quran mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya.
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Ruuh (Al-Quran) dengan perintah Kami, …
                                                                            (ash-Shura: 52)
 7. Asy-Syifaa’ (Penawar)
Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantara nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah penyembuh dari penyakit-pnyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.
Wahai manusia! Sungguh, telah Kami datangkan kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.
                                                                                (Yunus: 57)
8. Al-Haq (Kebenaran)
Al-Quran dinamakan dengan Al-Haq kerana dari awal hingga akhirnya, kandungan Al-Quran adalah semuanya benar. Kebenaran ini adalah datang daripada Allah yang mencipta manusia dan mangatur system hidup manusia dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Oleh itu, ukuran dan pandangan dari Al-Quran adalah sesuatu yang sebenarnya mesti diikuti dan dijadikan priority yang paling utama dalam mempertimbangkan sesuatu.
Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu.
                                                                        (al-Baqarah: 147)

9. Al-Bayaan (Keterangan)
Al-Quran adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Quran juga menerangkan kisah-kisah uma terdahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.
Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk kepada seta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
                                                                        (Aali-Imran: 138 )
10. Al-Mau’izhah (Pengajaran)
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, kerana manusia sentiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran dan peringatan itu, manusia akan terlalai dan alpha dari tugasnya kerana manusia sering didorong oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan dari mengingati dan mentaati suruhan Allah.
Dan sungguh Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (daripada Al-Quran ini).
                                                                            (al-Qamar: 22)


11. Adz-Dzikr (Pemberi Peringatan)
Allah SWT menyifatkan Al-Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Quran itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesame manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-Quran itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita.
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-zikra (Al-Quran) dan Kamilah yang akan menjaganya (Al-Quran).
                                                                                  (al-Hijr: 9)
12. Al-Busyraa (Berita Gembira)
Al-Quran sering menceritakan khabar gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah dan menjalani hidup menurut kehendak dan jalan yang telah diatur oleh Al-Quran. Khabar-khabar ini menyampaikan pengakhiran yang baik dan balasan yang menggembirakan bagi orang-orang yang patuh dengan intipati Al-Quran. Telalu banyak janji-janji gembiran yang pasti dari Allah untuk mereka yang beriman dengan ayat-ayatNya.
Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim). 
                                                                               (an-Nahl: 89)

Thursday, January 24, 2013

PeRkArA yAnG DiMiNaTi RASULALLAH S.A.W


Rasullah bersabda yg bermaksud : Diberi perasaan minat di dalam hatiku terhadap dunia kamu itu 3 Perkara :
  1.     Bau-bauan yg harum.
  2.     Perempuan.
  3.     Ketetapan hati di dalam sembahyang.
Lalu berkata Sayyidina Abu Bakar RA kpd Nabi, benar engkau ya Rasulullah dan saya juga diberi oleh Allah SWT perasaan minat kpd dunia itu 3 Perkara juga :
  1.     Melihat wajah engkau ya Rasulullah.
  2.     Membelanjakan harta hamba kpd engkau ya Rasulullah.
  3.     Memperisterikan anak hamba kpd engkau ya Rasulullah.
Maka berkata Sayyidina Umar RA, benar engkau hai Abu Bakar, dan saya juga diberi perasaan minat kpd dunia 3 perkara :
  1.     Menyuruh dgn perkara yg baik.
  2.     Mencegah yg mungkar.
  3.     Berpakaian sederhana (tidak menunjuk).
Maka berkata pula Sayyidina Usman RA, benar engkau hai Umar,  dan saya juga diberi oleh Allah SWT perasaan minat kpd dunia itu 3 Perkara juga :
  1.     Memberi makan kpd org2 yg lapar.
  2.     Memberi pakaian kpd org2 yg tiada.
  3.     Membaca Al-Quran.
Setelah itu maka berkata pula Sayyidina Ali RA, benar engkau hai Usman, dan saya juga diberi perasaan minat kpd dunia itu 3 Perkara juga :
  1.     Gemar bekerja utk org jamuan.
  2.     Berpuasa pada waktu panas.
  3.     Gemar berperang pd jalan Allah.
Ketika Nabi dan sahabat sedang berbincang masaalah minat masing, maka dtg Jibril AS, lalu ia berkata : "Telah mengutus oleh Allah SWT saya kpd kamu sekelian supaya kamu bertanya apakah minatku terhadap dunia ini, sekiranya aku ni ahlinya". Lalu Nabi SAW pun bertanya : "Wahai Jibril apakah kegemaran kau di atas dunia ini?" maka Jibril pun menjawab : "saya berminat :
  1.     menunjukkan orang2 yg sesat.
  2.     berkawan dgn orang2 yg berbuat ibadat.
  3.     menolong ahli keluarga dan kaum kerabat yg kesusahan.
Dan berkata Jibril lagi : Allah SWT kpd sekelian hamba itu dgn 3 perkara juga :
  1.     Memalingkan kekuasaan itu kpd kebajikan.
  2.     Menangis apabila menyesal.
  3.     Bersabar apabila kesusahan.