Saturday, April 27, 2013

RiNdU KaMpUnG AkHiRaT


Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t
اللهم صلى على محمد

Ana memilih tajuk rindu kampung akhirat ini kerana...rmai yang lupa 'kampung' sebenar kte...seperti yang ukhti dan akhi tau...dunia ini hanya lah sementara manakala...akhirat lah tempat yang kekal

Firman Allah s.w.t :

                                                                          

Maksudnya : "Dan kehidupan didunia ini hanya senda-gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"

(Surah Al-Ankabut : 64)

Rmai dikalangan ummat akhir zaman ini tertumpu kepada kejayaan,pangkat,kedudukan dan taraf...sedangkan...Allah s.w.t tidak memandang paras rupa,pangkat dan kedudukan seseorang...Allah s.w.t menilai seketul daging didalam diri seseorang insan...sama ada seketul daging itu baik/buruk...Itulah hati...Allah s.w.t menilai hati kita...menilai iman dan taqwa yang ada didalam diri seseorang...

Firman Allah s.w.t :


Maksudnya : " Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu.Sesungguhnya Allah mengkehendaki dengan (menberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyeksa mereka dalam kehidupan didunia dan kelak akan melayang nyawa mereka sedang mereka dalam keadaan kafir"

(Surah At-Taubah : 55)

Adakah kita sudah bersedia untuk pulang ke kampung akhirat? bertemu dengan yang Maha Agong lagi Maha Perkasa...tidak teringin kah kita whai Ummat Nabi Muhammad...untuk bertemu kekasih hati yang selama ini diidam-idamkan untuk berjumpa dengan baginda...Layak kah diri ini untuk mendapat syafaat baginda?...Layakkah diri ini menatap wajah baginda dan menduduki syurga tertinggi bersama-sama baginda?...Fikirkan lah wahai sahabat-sahabat ku...Dunia ini hanyalah khayalan yang mampu menjerumuskan kamu ke lembah neraka bersama-sama Syaitan Laknatullah...mampukah kita menanggung seksaan dineraka,dimana sehari seumpama 1000 tahun...?Whai sahabat yang dikasihi kerana Allah s.w.t...syaitan tidak akan pernah puas menghasut kita sehingga ke akhir zaman...kerja syaitan hanyalah menyesatkan umat manusia...adakah kita sanggup menjadi penghuni neraka wahai sahabat?

Ana bukan menghalang ukhti2 dan akhi2 mencari kejayaan dan kebahagiaan didunia...tetapi...ana cuma memperingati sahabat2...supaya sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri sepenuhnya untuk pulang ke 'kampung akhirat'...kita tidak tahu...bila tarikh kematian kita,dimana tempat kita menghembuskan nafas terakhir kita...dan bagaimana keadaan kita semasa menghembuskan nafas yang terakhir kita...adakah dalan keadaan husnul khatimah..ataupun sebaliknya...nauzubillah...

Marilah sahabat...kita mencri taufiq dan hidayah...dan mencari Redha Allah s.w.t...Allah hu Rabbi...selsin itu tidak lupa untuk bertebaran diatas muka bumi ini demi mencari rezeki yang dianugerahkan Ilahi..

pesanan ini juga buat ana...kadang2 ana leka hidup didunia...mencari kesenangan didunia...Namun,tugas ana sebagai khalifah di muka bumi ini mengingatkan sesama muslim....Semoga Allah s.w.t meredhai kehidupan kita bersama...dan pulang ke 'kampung akhirat' dengan disambut ucapan sejahtera daripada Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)

Alhamdulillah...Syukur diatas nikmat yang telah diberikan...
Sampai disini warkah ana sebagai khalifah diatas mua bumi Allah s.w.t...jika ana silap...mohon diperbetulkan ye...^_^ ana mnyusun sepuluh jari tanda kemaafan..jika terdapat khilaf ana sepanjang menulis warkah ini ...

Maassalamah...
Assalamualaikum w.b.t :)

MajLiS SeLaWaT BuRdAh


Bismillah...

Assalamualaikum ^_^
اللهم صلى على محمد

Segala Syukur ku panjatkan kepada Ilahi diatas nikmatNya ya x terhingga.. Dan puji-pujian, ku panjatkn kepada kekasih Allah s.w.t..Rasulullah s.a.w...

Subahanallah...
Bertarikh 16 jamadil akhir 1434 bersamaan 27/4/2013....Ana di beri nikmat untuk menghadiri Majlis Selawat Burdah yang diadakan di Masjid Negeri Shah Alam,Selangor...Alhamdulillah... 





Ana bersyukur sgt2 dpt pegi ke majlis yang penuh barakah ini...rmai rkan2 yang ana undang...tapi,semuanya mengelak...ana sdih sgt2 sbb xde tman...berbekalkan kekuatan dan bantuan akhi soleh yang selame ni membimbing ana sepanjang menghadiri majlis2 ilmu..ana bertekad pg ke sne tnpe teman n sahabat...usai solat maghrib di melewar...ana terus gerak ke masjid negeri...Alhamdulillah...ana smpai sne pada jam 8:15 mlm...Didalam hukum fiqh ade mengatakan...jika kte lakukan sesuatu yang memudaratkan diri sndri...maka hukumnya haram...dek kerana keinginan yang tinggi untk pg ke majlis tersebut,ana terpkse kuatkn tekad...Alhamdulillah...Allah s.w.t perlihara ana sehingga selesai majlis...Subahanallah...selawat yang disampaikan oleh kumpulan qasidah sangat2 menyentuh jiwa ana. Pada mulanya hati ana x tenang...xtau la knape...ana asyk memikirkan hukum fiqh tersebut...semakin selawat burdah didendangkan...semakin hati ana xtenteram...Allah hu Rabbi...ana memohon ketenangan drpd Allah s.w.t...sehingga sebak rasanye...ana mohon spaye segala2nya dipermudahkan olehNya...ana semakin tenggelam dengan selawat burdah smbil menghayati mksud selawat burdah yang didendangkan...tnpe ana sedar...ketenangan muncul dlm diri ana...tbe2 air mate ana mengalir...x henti2...Rndunya kepada kekasih Allah .s.a.w...Ya Rasulullah...selesai selawat burdah di dendangkan...ana tertumpu kepada wajah yang redup dan tenang...itulah dia keturunan Rasulullah s.a.w...Al Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid...tausiyahnya sngat2 bermakne...menambahkan lagi kecintaan terhadap kekasih Allah s.w.t...Habib menerangkan tentang ilmu tasawuf yang semakin luput pada zaman kini dek kerana kecintaan manusia tehadap kehidupan didunia...Ilmu tasawuf membawa kita semua kembali kepada Allah s.a.w dan kehidupan diakhirat...Alhamdulillah...ade insan yg sudi tumpangkan ana balik...jazakillah khairan ukhti Fitria solehah :)...Semoga ukhwah ini kekal till jannah...

Semoga rmai yang akan hadir didalam majlis ilmu sebegini...Bukan sng nk bermujahadah...^_^
Drpd kata2 Al Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid - sesiapa yang mahu bermujahadah dijalan Allah s.w.t...maka...Allah akan membimbingnya...

Ingatlah..bahawa syaitan tidak akn pernah berputus asa menghasut manusia...supaya lalai dgn dunia...
Smoga ana,ukhti2 dn akhi2...dpat kejayaan kedua-duanya...iaitu diakhirat dan dunia ^_^

Maassalamah...
Assalamualaikum :)

Saturday, April 20, 2013

SeCeBiS KeTeNaNgAn

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t buat pembace blog ana ^^

Alhamdulillah...esk ana akn menduduki exam untuk sem ke 2 :)..cpatnye mase berlalu...Subahanallah...dlm minggu2 study ni...ana harap sgt2 dikurniakan ketenangan supaye ana dpt berlajar dgn tenang & bersiap sepenuhnye untuk jawab exam nnti ^^...Alhamdulillah...ble dgar qasidah n burdah...ana rse tenang sngat2...smue krisauan ana tntg exam mkin lme...mkin hlang...selain dpt kurniakan ana ketenangan...qasidah & burdah ni membangkitkan semangat ana untuk study...MasyaAllah..hebat sunguh penangan qasidah & burdah ini...segala puji-pujian hanya untuk-Mu Ya Allah dan kekasih-Mu Rasulullah s.a.w...
اللهم صلى على محمد ^^ ...Ana harap ana dpt kejar dua2...2la pesanan ummi ana yg tercinte supaye seimbang ddunia & dakhirat...InsyaAllah...Semoga Allah beri kekuatan dlm mengharungi segala ujian ddalam hidup ana,kdua ibu bapa ana,ahli keluarga & sahabat ana yang tercinta ^^...

Saturday, April 6, 2013

KaTa-KaTa HiKmAh SYEIKH AHMAD YASSIN...SUBAHANALLAH..


CiNtA RASULULLAH S.A.W


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah...
Bismillah...
اللهم صلى على محمد

Alhamdulillah...Jumaat malam bertarikh 24 Jamadil Awal 1434 bersamaan 5/4/2013 ana berkesempatan menghadiri Maulid yang dianjurkan oleh Majlis Ta'lim Darul Murtadza...Subahanallah...hati ini tidak mahu pergi drpd Masjid Muaz Al-Jabal,Setiawangsa...sungguh berat ana nk meninggalkan maulid tersebut...lg2 bile Habib Ali Zaenal Abidin ingin memberikan tausiyah yang bermakne...Sungguh tidak boleh digambarkan...bertapa hati ni terase rindu pada kekasih Allah s.w.t...Nabi Muhammad s.a.w...masih segar didalam hati ini...cinte yang Allah kurniakn untuk mencintai kekasihnya Ya Rasulullah s.a.w...Nikmatnya hati ini ble Allah mencampakkan Cinta yang tidak ternilai ini...Sahabat ana pn terkesan apabila mendengar qasidah  dan tausiyah yang dibawekan oleh para Ulama'...Subahanallah...Semoga cinte ini kekal sehingga penghabisan hayat ana...Wahai para sahabat...ingatkan ana bila ana terleka hidup didunia ini..."Semoga kte tergolong dikalangan insan2 yang memduduki diatas mimbar yg diperbuat drpd permata"...Alhamdulillah...Subahanallah... Assalam ana disambut oleh Habib ^_^...terase gembire hati ini ble Assalam kte disambut oleh keturunan Rasulullah s.a.w...Alhamdulillah...Semoga Allah s.w.t kuatkan diri n hati ana untuk menghadiri majlis2 ilmu...Allah tahu niat hamba2Nya...Semoga segala urusan kte dipermudahkan olehNya...Ameen Allah Humma Ameen^_^...Based of Ad-Deen is Mahabbah to Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w....Allahu Akhbar...Alhamdulillah...Subahanallah...اللهم صلى على محمد



AL- HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID ^_^








Assalamualaikum w.b.t

Wednesday, March 27, 2013

BiOgRaFi RASULULLAH S.A.W


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah...

Sedikit perkongsian buat akhi-akhi dan ukhti-ukhti solehah yang mencintai Rasulullah s.a.w...
Perkongsian ini adalah tentang sedikit biografi Rasulullah s.a.w...
Subahanallah...biografi ini adalah semasa Rasulullah s.a.w dilahirkan diatas muka bumi ini...

Bismillah...
Abdul Muthalib(datuk kepada Rasulullah s.a.w) dikurniakan Allah s.w.t dengan 10 orang putera. Putera-puteranya disegani dikalangan oleh kaum Quraisy.Salah seorang putera yang paling disayangi oleh Abdul Muthalib adalah Abdullah (ayahanda Rasulullah s.a.w).Setelah umurnya cukup untuk bernikah,Abdullah di nikahkan dengan gadis yang terkemuka diantara kaumnya iaitu Aminah (Bonda Rasulullah s.a.w). Namun,tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka,Allah s.a.w memanggil Abdullah kepangkuanNya. Benih yang suci telah tertanam didalam rahim Aminah sebelum Abdullah wafat.Selama Aminah mengandung,Beliau sering bermimpi tentang kebesaran bayi tersebut...

Tepat pada hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 M, alam bergembira menyambut kedatangan junjungan besar (Nabi akhir zaman).Menurut ahli ilmu falaq Mesir,Mahmud Basya, kelahiran Nabi adalah tanggal 9 Rabiul Awal tahun Gajah,bertepatan dengan 20 April tahun 571 M.Bayi suci itu tidak lain adalah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Kemudian terjadilah gegak-gempita serangan Tentera bergajah dimana mereka ingin meruntuhkan ka'abah sewaktu mendengar khabar tentang junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian turunnya surah Al-Fill.


Allah berfirman :
Bermaksud :
1. Tidakkah engkau (wahai Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhanmu telah
    bertindak terhadap pasukan bergajah?
2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia?
3. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong
4. Yang melempari mereka dengan batu daripada tanah liat yang dibakar.
5. Sehingga Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun yang 
   dimakan (ulat)

Subahanallah..inilah kisah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w semasa lahirnya baginda...Jika ana ade kesempatan lagi...Dengan izin Allah s.w.t ana akan share lagi tentang kisah kehidupan Rasulullah s.a.w yang kte cintai...

Maassalamah ^_^
Assalamualaikum w.b.t
Sumber : Al-Quran & Buku tentang Biografi Muhammad Rasulullah (Ustaz Sharhan Safie)


Monday, March 25, 2013

SaAt DiRi DiUjI


Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t...

Setiap perkara yang terjadi di dalam hidup kte adalah anugerah dan kurniaan Allah s.w.t kepada kte...Walaupun ujian yang kte tempuhi itu adalah sukar untuk kte lalui...Semuanya ade hikmah disebaliknya... Redha dgn Qada' dan QadarNya adalah jalan yang terbaik...supaya Allah lebih menyayangi kte melalui kesabaran dan ketabahan ketika kte melalui ujian daripada Allah s.w.t...

Disini..ana ingin berkongsi sebuah kisah muslimat..die sangat rapat dgn ana...dugaannya tidaklah besar,tetapi baginye berat untuk dipikul...

Bismillah...
Kisah ini bermula apabila seowg hamba Allah (kaum adam) hadir didalam hidupnya..pada mulanya tiada perasaan yang timbul didalam hatinya terhadap hamba Allah tersebut...Kerana kecintaan kaum adam itu kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w...muslimat ini mula tertarik kepadanye...Subahanallah...Muslimat ini dalam diam mencintai ikhwan tersebut...kerana mujahadah cinta nye..diperlihara cinta itu dgn tidak memberitahu hasrat hatinya kepada ikhwan tersebut...Hatinya cukup rapuh..dan die rasakan..perasaan cinta itu tidak wajar didalam dirinya..die rasakan..terlalu berdosa kerana mengimpikan muslim yang begitu cinta akan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w...sedangkan dirinya adalah muslimah biase..die cube jauhkan perasaan tersebut...Subahanallah...semakin die cuba untk melupakan ikhwan tersebut..semakin kuat perasaan nye terhadap ikhwan tersebut...Baginya...cintanya hanya buat Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w..sehinggakan...die merasakan...perasaan nya itu tidak wajar...ana pn pening dgn muslimah ini...

Cinta itu adalah fitrah..fitrah itu prlu dijage dgn baik supaya cinta itu tulus dan kekal ddunia dan akhirat...elakkn fitnah manusia...untuk melindung diri dari terjerumus ke fitnah cinta ^_^...bagi ana..xsalah kte suka kat seseowg...tapi...suka/cinta itu perlu dikawal...supaya cinta terhadap Allah s.w.t,Rasulullah s.a.w dan sesama insan terpelihara ^_^...InsyaAllah...

Semoga Muslimah ini menemui jodohnya yang sesuai dan dapat membimbingnye bagi mencari Redha Allah,Redha Ibu Bapa dan yg penting...Cinta yang boleh membawa kte ke Syurga bersama2 pasangan kte ^_^...InsyaAllah...

P/s - untuk diri jge ^_^