Monday, February 4, 2013

KeMbArA kE KaMpUnG HaLaMaN ^_^



Mesyuarat Pre-Council National Strategy Execution Summit (Pre-NSES), National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang telah dipengerusikan oleh Ybhg. Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 27 Disember 2012 telah memutuskan agar Program “My Beautiful Malaysia Day” diadakan sempena Tahun Sukarelawan 2013. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah National Blue Ocean Strategy 8 (NBOS 8) yang mensasarkan penyertaan sejuta sukarelawan bersama-sama dengan pelbagai agensi yang akan dilancarkan secara serentak oleh YAB Perdana Menteri di seluruh negara pada 3 Februari 2013. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah diberi mandat untuk menyelaras dan melaksanakan program tersebut di Negeri Johor Darul Takzim. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terpilih untuk menghantar sukarelawan ke program tersebut.Oleh itu, Kelana Siswa daripada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dipilih untuk menjadi sukarelawan untuk program tersebut.

Pada 2 Februari 2013 seramai 30 orang peserta Kelana Siswa beserta seorang pensyarah selaku pengiring program mengikuti program sukarelawan tersebut. Destinasi pertama kami adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM).Kami bertolak dari Politeknik Sultan Salahuddin Ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada pukul 2.30 petang iaitu,setelah semua urusan dan penyerahan vase dilaksanakan.Seterusnya,kami berhenti seketika di perhentian Ayer keroh, Melaka untuk menunaikan solat asar.

Setelah beberapa jam perjalanan,kami tiba di destinasi iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada pukul 4.00 petang.Setelah tiba di destinasi yang ditetapkan,pensyarah dan Ajk Kelana Siswa menguruskan pengagihan bilik kepada kami untuk menginap di sana semalaman.Setelah urusan pengagihan bilik selesai,kami dibawa ke bilik masing-masing dan berihat sebentar sebelum ke Bandar Hilir,Melaka untuk bersiar-siar.



Ini lah bilik dimana kami menginap ^_^...
(Penginapan di Universiti Teknikal Maklaysia, Melaka)
Cantik,kemas dan selesa...^_^...teringat pula kat Almarhumah kak
Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (seorang mujahid sejati) yang telah kembali ke rahmatullah...kak Siti Hajar merupakan pelajar di UtEM.. 


Tepat pada jam 7.00 petang,kami bertolak ke Bandar Hilir,Melaka untuk bersiar-siar.Kami tiba di sana pada pukul 7.35 petang.Kami bersiar-siar ke pahlawan walk,Menara Taming Sari..dan mcm2 lagi tempat...Alhamdulillah...x sngke dapat jmpe Johan asa'ri kat sne dgn fans die...Setelah bersiar-siar kami kembali ke penginapan kami pada jam 9.45 malam dan tiba di penginapan kami (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) pada pukul 10.15 malam.









Jom2 naek beca ..huhuu cantik..




Menara Taming Sari ^_^...sayang masa xmengizinkan untuk naik ke atas..tp,Alhamdulillah berkesempatan untuk lihat menara tersebut ^_^


Kemudian, kami diberi rihat secukupnya di bilik masing-masing sebelum melanjutkan aktiviti seterusnya pada keesokan hari.

Pada 3 Februari 2013,para sukarelawan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memulakan perjalanan mereka ke Muar,Johor pada jam 6.44 pagi.


Kami tiba di Muar, Johor pada pukul 9.10 pagi. Suasana di sana sibuk dan kesesakan lalu-lintas turut berlaku akibat berpuluh-puluh buah bas daripada badan-badan sukarelawan daripada berpuluh-puluh buah Institut Pengajian Tinggi berhenti di tepi jalan. Sejurus kami tiba di lokasi,kami perlu berjalan sehingga 1km untuk menuju tapak perhimpunan bagi Program “My Beautiful Malaysia Day”.Kemudian kami diarah untuk berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi Pengakap Daerah untuk menerima tugasan selaku sukarelawan bagi program tersebut.

Setiap,daripada kami ditugaskan untuk membawa pelajar-pelajar institut pengajian tinggi untuk berkumpul di padang bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh menteri besar Johor iaitu Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman.Seterusnya, meraikan Majlis Perasmian Program  “My Beautiful Malaysia Day”,yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.







Agak kelam- kelibut mse 2...sbb nk bawak 200 lbih pelajar ke padang...ade jge yg kne paksa...ish3 lumrah manusia..sbar sahabat^_^

Setelah tamat majlis tersebut,secara tidak langsung kami melakukan kerja-kerja sukarelawan^_^...Qilla dan kwn2 turut membantu pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk mengagihkan makanan kepada pelajar-pelajar Institut pengajian tinggi.




hehee untung dapat makan KFC free..tp,qilla & ain paling last makan.sedih3..huhuu T_T..




Setelah semuanya selesai, kami diberi kebenaran unuk pulang, bas bertolak pulang dari Muar, Johor ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 12.00 tengah hari. Kemudian kami berhenti seketika di perhentian Ayer keroh, Melaka untuk menuneikan solat Zohor.Kemudian, kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 2.30 petang, seterusnya kami bersurai.

Laporan Cik Aqilla ke Kampung halaman^_^..
Sayang kampung ku,Muar Johor...
Copy paste drpd Laporan Kelana Siswa..hehehe ^_^...

No comments:

Post a Comment