Wednesday, March 27, 2013

BiOgRaFi RASULULLAH S.A.W


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah...

Sedikit perkongsian buat akhi-akhi dan ukhti-ukhti solehah yang mencintai Rasulullah s.a.w...
Perkongsian ini adalah tentang sedikit biografi Rasulullah s.a.w...
Subahanallah...biografi ini adalah semasa Rasulullah s.a.w dilahirkan diatas muka bumi ini...

Bismillah...
Abdul Muthalib(datuk kepada Rasulullah s.a.w) dikurniakan Allah s.w.t dengan 10 orang putera. Putera-puteranya disegani dikalangan oleh kaum Quraisy.Salah seorang putera yang paling disayangi oleh Abdul Muthalib adalah Abdullah (ayahanda Rasulullah s.a.w).Setelah umurnya cukup untuk bernikah,Abdullah di nikahkan dengan gadis yang terkemuka diantara kaumnya iaitu Aminah (Bonda Rasulullah s.a.w). Namun,tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka,Allah s.a.w memanggil Abdullah kepangkuanNya. Benih yang suci telah tertanam didalam rahim Aminah sebelum Abdullah wafat.Selama Aminah mengandung,Beliau sering bermimpi tentang kebesaran bayi tersebut...

Tepat pada hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 M, alam bergembira menyambut kedatangan junjungan besar (Nabi akhir zaman).Menurut ahli ilmu falaq Mesir,Mahmud Basya, kelahiran Nabi adalah tanggal 9 Rabiul Awal tahun Gajah,bertepatan dengan 20 April tahun 571 M.Bayi suci itu tidak lain adalah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Kemudian terjadilah gegak-gempita serangan Tentera bergajah dimana mereka ingin meruntuhkan ka'abah sewaktu mendengar khabar tentang junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian turunnya surah Al-Fill.


Allah berfirman :
Bermaksud :
1. Tidakkah engkau (wahai Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhanmu telah
    bertindak terhadap pasukan bergajah?
2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia?
3. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong
4. Yang melempari mereka dengan batu daripada tanah liat yang dibakar.
5. Sehingga Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun yang 
   dimakan (ulat)

Subahanallah..inilah kisah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w semasa lahirnya baginda...Jika ana ade kesempatan lagi...Dengan izin Allah s.w.t ana akan share lagi tentang kisah kehidupan Rasulullah s.a.w yang kte cintai...

Maassalamah ^_^
Assalamualaikum w.b.t
Sumber : Al-Quran & Buku tentang Biografi Muhammad Rasulullah (Ustaz Sharhan Safie)


Monday, March 25, 2013

SaAt DiRi DiUjI


Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t...

Setiap perkara yang terjadi di dalam hidup kte adalah anugerah dan kurniaan Allah s.w.t kepada kte...Walaupun ujian yang kte tempuhi itu adalah sukar untuk kte lalui...Semuanya ade hikmah disebaliknya... Redha dgn Qada' dan QadarNya adalah jalan yang terbaik...supaya Allah lebih menyayangi kte melalui kesabaran dan ketabahan ketika kte melalui ujian daripada Allah s.w.t...

Disini..ana ingin berkongsi sebuah kisah muslimat..die sangat rapat dgn ana...dugaannya tidaklah besar,tetapi baginye berat untuk dipikul...

Bismillah...
Kisah ini bermula apabila seowg hamba Allah (kaum adam) hadir didalam hidupnya..pada mulanya tiada perasaan yang timbul didalam hatinya terhadap hamba Allah tersebut...Kerana kecintaan kaum adam itu kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w...muslimat ini mula tertarik kepadanye...Subahanallah...Muslimat ini dalam diam mencintai ikhwan tersebut...kerana mujahadah cinta nye..diperlihara cinta itu dgn tidak memberitahu hasrat hatinya kepada ikhwan tersebut...Hatinya cukup rapuh..dan die rasakan..perasaan cinta itu tidak wajar didalam dirinya..die rasakan..terlalu berdosa kerana mengimpikan muslim yang begitu cinta akan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w...sedangkan dirinya adalah muslimah biase..die cube jauhkan perasaan tersebut...Subahanallah...semakin die cuba untk melupakan ikhwan tersebut..semakin kuat perasaan nye terhadap ikhwan tersebut...Baginya...cintanya hanya buat Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w..sehinggakan...die merasakan...perasaan nya itu tidak wajar...ana pn pening dgn muslimah ini...

Cinta itu adalah fitrah..fitrah itu prlu dijage dgn baik supaya cinta itu tulus dan kekal ddunia dan akhirat...elakkn fitnah manusia...untuk melindung diri dari terjerumus ke fitnah cinta ^_^...bagi ana..xsalah kte suka kat seseowg...tapi...suka/cinta itu perlu dikawal...supaya cinta terhadap Allah s.w.t,Rasulullah s.a.w dan sesama insan terpelihara ^_^...InsyaAllah...

Semoga Muslimah ini menemui jodohnya yang sesuai dan dapat membimbingnye bagi mencari Redha Allah,Redha Ibu Bapa dan yg penting...Cinta yang boleh membawa kte ke Syurga bersama2 pasangan kte ^_^...InsyaAllah...

P/s - untuk diri jge ^_^

Saturday, March 23, 2013

ImPiAn InSaN

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah...

Perjalanan hidup kite sungguh panjang...ini baru perjalanan hidup kite di dunia..belum lagi perjalanan kite diakhirat...Subahanallah...Ilmu pn masih lagi perlu diteroka...

Sekadar pengkongsian...apakah matlamat hidup kita?...Subahanallah..msti ade yang menjawab "matlamat saya nak kereta besar,rumah besar...berjaya dalam pelajaran...berjaya dalam hidup...dapat straight A dan mcm2 lagi"...Sebenar-benarnya...matlamat kte hidup di dunia ini adalah untuk mendapatkan "RAHMAT ALLAH S.W.T"...iaitu "SYURGA ALLAH S.W.T"...itulah impian kite...dan impian setiap Insan...Alhamdulillah kite diberi nikmat yang besar iaitu "ISLAM"...Kita perlu menghargai dan memanfaatkan  nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita...Subahanallah...Allah s.w.t lahirkan kte ke dunia dengan nikmat Islam dan Iman...hanya kte yang mencorakkan perjalanan hidup kte seterusnya.. tetaplah dijalannya dengan mengamalkan perintahnya dan meninggalkan larangannya untk mendapatkan nikmat yang paling besar diakhirat kelak iaitu Redha Allah s.w.t... ^_^

P/s- Untk diri jge ^_^

AlHaMdULiLLaH ^_^


Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...Allah masih beri kesempatan dan kudrat pada kita hari ini ^_^...Nikmatnya tidak ternilai...
Apabila kte muhasabah tentang nikmat yang telah diberikan kepada kita...MasyaAllah..sungguh tidak ternilai nikmat yang dikurnaikan Allah kepada kita...kita mampu membina sesuatu dengan izinnya...kita mampu berjalan diatas muka bumi ini dengan izinnya...kita juga mampu melihat kebesarannya dengan izinnya...Jika nikmat ini ditarik...kita tidak mampu buat apa2...Alhamdulillah...atas nikmat yang diberikan...Ramai dikalangan kita alpa dengan nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita apabila diri diuji...Nilailah diri kte dengan saudara2 di bumi gaza, dan syria...mereka hidup menderita akibat serangan zionis laknatullah...kte?aman, tenteram...itu pun kite x bersyukur...ramai juga dikalangan kte..apabila perniagaan merosot..kehilangan harta benda...kte selalu mengeluh...sedarlah bahawa ramai lagi umat Islam yang menderita disana...disebalik ujian yang Allah berikan,terdapat nikmat di penghujungnya ^_^...Nikmat itu adalah KASIH SAYANG Allah s.w.t...Subahanallah...Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Yakin lah kepadaNya...

Maassalamah ^_^
Assalamualaikum w.b.t

Friday, March 22, 2013

SuBaHaNaLLaH...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t

Kerana Cinta

Cinta itu...Cahaya sanubari...
Kurniaan Tuhan...Fitrah insani...
Dan di mana...
Terciptanya cinta...
Disitu..rindu bermula...
Cinta itu...tidak pernah meminta...
Tetapi memberi sepenuh rela...
Rasa bahagia...biarpun sengsara...
Berkorban..segala-gala....

Semua..
Kerana cinta..
Yang...pahit..manis dirasa..
Menghibur nestapa..
Merawat luka..
Damai...dijiwa..
Terpadam..api benci permusuhan..
Terjalinlah kasih sayang...
Begitu..lah cinta yang diidamkan..
Tanpa nafsu yang mencemarkan... 
Dan jangan pula..kerana..bercinta..
Kita pun..leka..
entah ke mana..
Dan jangan pula..kerana..bercinta..
Tergadai semua..maruah agama...
Cinta..yang sejati...
hanya cinta..kan ILAHI...
Cinta..AYAH BONDA...tulus suci...selamanya...
Cinta...kan SAUDARA...masa berada...hanya sementara...
Cinta...sesama INSAN...suburkan dengan...ketaqwaan

In-Team & mestica ^_^


P/s- Untuk diri jge ^_^
Assalamualaikum w.b.t


Sunday, March 10, 2013

HaTi KaUm HaWa

Assalamualaikum...
wahai ukhti-ukhti solehah & akhi-akhi soleh...
Alhamdulillah...

Setiap perkara yang dilalui oleh insan-insan ddunia ni ada hikmahnya seperti penciptaan langit,matahari...bulan...smuanya pnuh dgn hikmahnya yang tersendiri...

Subahanallah..punya lah Allah itu sayang pada hamba-hambanya...Dia menciptakan smuanya berpasang-pasangan...langit dengan buminya...bulan dengan mataharinya...laut dengan daratannya...hawa?mestilah dengan Adamnya...

Kaum Adam perlu tahu..bertapa rumitnye hati seowg kaum hawa...hati kami penuh dengan kelembutan...
jangan disakiti hati-hati kami...jangan datang pada kami sekiranya kaum- kaum adam hanye nk mempermainkan perasaan kami..kami jga seowg insan yg ade perasaan yang mudah terluka...jauhi kami jika x mampu membahagiakan kami...kami bukan hamba...kami bkn hamba suruhan mu...lbih-lebih lagi..apabila kami tiada ikatan yang sah dgn kamu...jika telah ditakdirkan kaum adam itu mencintai kami kerana Allah..nikahi kami...bkn mempermainkan perasaan kami...

Wahai hati...
jangan mudah tertunduk dengan lelaki yang menjual cinta yang rapuh kepadamu...
tepisnya dengan iman mu...
supaya...diri ini sentiasa terpelihara...

Monday, March 4, 2013

KeCiNtAaN SaHaBaT TeRhAdAp BaGiNdA S.A.W


Rasulullah s.a.w itu adalah orang yang sangat dicintai oleh para sahabatnya, umumnya para sahabat mencintai Rasulullah s.a.w, walaupun ada sebahagian sahabat dalam diam membenci Rasulullah s.a.w. Tetapi kebanyakan sahabat yang lain sangat mencintai Rasulullah s.a.w.

Pernah suatu malam, Rasulullah s.a.w mendengar beberapa suara beberapa orang diluar rumahnya, Rasulullah menegur, "Kenapa kamu berkumpul disini?" lalu mereka menjawab, "Ya Rasulullah s.a.w, kami tidak boleh tidur, risau ketika kami tidur nnti, orang-orang kafir datang dan membunuh mu." Mereka dengan sukarela menjadi pengawal Rasulullah s.a.w, datang sendiri tidak dibayar. Tetapi Rasulullah s.a.w mengatakan, "Tidak,Allah melindungi aku, pulang lah kamu ke tempat kamu masing-masing."

Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah s.a.w, dia tunggu sampai Rasulullah s.a.w keluar,dia hanya mengucap salam lalu memandang Rasulullah sahaja, setelah berpuas hati dia akan pergi. Suatu ketika setelah dia bertemu Rasulullah dia pergi,lalu tidak lama kemudian kembali lagi dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah s.a.w dan meminta izin," Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah s.a.w, kerana saya takut tidak dapat melihat engkau selepas ini," Dan Rasulullah s.a.w mengizinkannya. Kemudian setelah kejadian itu Rasulullah tidak pernah melihat lagi tukang minyak wangi itu. Disuruhnya sahabatnya pergi melihat, ternyata dia sudah meninggal dunia tidak lama setelah dia pergi dari pasar dan memandang wajah Rasulullah s.a.w itu. Lalu kata Rasulullah s.a.w, "Kecintaannya kepadaku akan menyelamatkan dia di hari akhirat."