Monday, March 4, 2013

KeCiNtAaN SaHaBaT TeRhAdAp BaGiNdA S.A.W


Rasulullah s.a.w itu adalah orang yang sangat dicintai oleh para sahabatnya, umumnya para sahabat mencintai Rasulullah s.a.w, walaupun ada sebahagian sahabat dalam diam membenci Rasulullah s.a.w. Tetapi kebanyakan sahabat yang lain sangat mencintai Rasulullah s.a.w.

Pernah suatu malam, Rasulullah s.a.w mendengar beberapa suara beberapa orang diluar rumahnya, Rasulullah menegur, "Kenapa kamu berkumpul disini?" lalu mereka menjawab, "Ya Rasulullah s.a.w, kami tidak boleh tidur, risau ketika kami tidur nnti, orang-orang kafir datang dan membunuh mu." Mereka dengan sukarela menjadi pengawal Rasulullah s.a.w, datang sendiri tidak dibayar. Tetapi Rasulullah s.a.w mengatakan, "Tidak,Allah melindungi aku, pulang lah kamu ke tempat kamu masing-masing."

Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah s.a.w, dia tunggu sampai Rasulullah s.a.w keluar,dia hanya mengucap salam lalu memandang Rasulullah sahaja, setelah berpuas hati dia akan pergi. Suatu ketika setelah dia bertemu Rasulullah dia pergi,lalu tidak lama kemudian kembali lagi dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah s.a.w dan meminta izin," Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah s.a.w, kerana saya takut tidak dapat melihat engkau selepas ini," Dan Rasulullah s.a.w mengizinkannya. Kemudian setelah kejadian itu Rasulullah tidak pernah melihat lagi tukang minyak wangi itu. Disuruhnya sahabatnya pergi melihat, ternyata dia sudah meninggal dunia tidak lama setelah dia pergi dari pasar dan memandang wajah Rasulullah s.a.w itu. Lalu kata Rasulullah s.a.w, "Kecintaannya kepadaku akan menyelamatkan dia di hari akhirat."

No comments:

Post a Comment