Wednesday, March 27, 2013

BiOgRaFi RASULULLAH S.A.W


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah...

Sedikit perkongsian buat akhi-akhi dan ukhti-ukhti solehah yang mencintai Rasulullah s.a.w...
Perkongsian ini adalah tentang sedikit biografi Rasulullah s.a.w...
Subahanallah...biografi ini adalah semasa Rasulullah s.a.w dilahirkan diatas muka bumi ini...

Bismillah...
Abdul Muthalib(datuk kepada Rasulullah s.a.w) dikurniakan Allah s.w.t dengan 10 orang putera. Putera-puteranya disegani dikalangan oleh kaum Quraisy.Salah seorang putera yang paling disayangi oleh Abdul Muthalib adalah Abdullah (ayahanda Rasulullah s.a.w).Setelah umurnya cukup untuk bernikah,Abdullah di nikahkan dengan gadis yang terkemuka diantara kaumnya iaitu Aminah (Bonda Rasulullah s.a.w). Namun,tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka,Allah s.a.w memanggil Abdullah kepangkuanNya. Benih yang suci telah tertanam didalam rahim Aminah sebelum Abdullah wafat.Selama Aminah mengandung,Beliau sering bermimpi tentang kebesaran bayi tersebut...

Tepat pada hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 M, alam bergembira menyambut kedatangan junjungan besar (Nabi akhir zaman).Menurut ahli ilmu falaq Mesir,Mahmud Basya, kelahiran Nabi adalah tanggal 9 Rabiul Awal tahun Gajah,bertepatan dengan 20 April tahun 571 M.Bayi suci itu tidak lain adalah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Kemudian terjadilah gegak-gempita serangan Tentera bergajah dimana mereka ingin meruntuhkan ka'abah sewaktu mendengar khabar tentang junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian turunnya surah Al-Fill.


Allah berfirman :
Bermaksud :
1. Tidakkah engkau (wahai Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhanmu telah
    bertindak terhadap pasukan bergajah?
2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia?
3. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong
4. Yang melempari mereka dengan batu daripada tanah liat yang dibakar.
5. Sehingga Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun yang 
   dimakan (ulat)

Subahanallah..inilah kisah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w semasa lahirnya baginda...Jika ana ade kesempatan lagi...Dengan izin Allah s.w.t ana akan share lagi tentang kisah kehidupan Rasulullah s.a.w yang kte cintai...

Maassalamah ^_^
Assalamualaikum w.b.t
Sumber : Al-Quran & Buku tentang Biografi Muhammad Rasulullah (Ustaz Sharhan Safie)


No comments:

Post a Comment