Saturday, April 27, 2013

RiNdU KaMpUnG AkHiRaT


Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t
اللهم صلى على محمد

Ana memilih tajuk rindu kampung akhirat ini kerana...rmai yang lupa 'kampung' sebenar kte...seperti yang ukhti dan akhi tau...dunia ini hanya lah sementara manakala...akhirat lah tempat yang kekal

Firman Allah s.w.t :

                                                                          

Maksudnya : "Dan kehidupan didunia ini hanya senda-gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"

(Surah Al-Ankabut : 64)

Rmai dikalangan ummat akhir zaman ini tertumpu kepada kejayaan,pangkat,kedudukan dan taraf...sedangkan...Allah s.w.t tidak memandang paras rupa,pangkat dan kedudukan seseorang...Allah s.w.t menilai seketul daging didalam diri seseorang insan...sama ada seketul daging itu baik/buruk...Itulah hati...Allah s.w.t menilai hati kita...menilai iman dan taqwa yang ada didalam diri seseorang...

Firman Allah s.w.t :


Maksudnya : " Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu.Sesungguhnya Allah mengkehendaki dengan (menberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyeksa mereka dalam kehidupan didunia dan kelak akan melayang nyawa mereka sedang mereka dalam keadaan kafir"

(Surah At-Taubah : 55)

Adakah kita sudah bersedia untuk pulang ke kampung akhirat? bertemu dengan yang Maha Agong lagi Maha Perkasa...tidak teringin kah kita whai Ummat Nabi Muhammad...untuk bertemu kekasih hati yang selama ini diidam-idamkan untuk berjumpa dengan baginda...Layak kah diri ini untuk mendapat syafaat baginda?...Layakkah diri ini menatap wajah baginda dan menduduki syurga tertinggi bersama-sama baginda?...Fikirkan lah wahai sahabat-sahabat ku...Dunia ini hanyalah khayalan yang mampu menjerumuskan kamu ke lembah neraka bersama-sama Syaitan Laknatullah...mampukah kita menanggung seksaan dineraka,dimana sehari seumpama 1000 tahun...?Whai sahabat yang dikasihi kerana Allah s.w.t...syaitan tidak akan pernah puas menghasut kita sehingga ke akhir zaman...kerja syaitan hanyalah menyesatkan umat manusia...adakah kita sanggup menjadi penghuni neraka wahai sahabat?

Ana bukan menghalang ukhti2 dan akhi2 mencari kejayaan dan kebahagiaan didunia...tetapi...ana cuma memperingati sahabat2...supaya sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri sepenuhnya untuk pulang ke 'kampung akhirat'...kita tidak tahu...bila tarikh kematian kita,dimana tempat kita menghembuskan nafas terakhir kita...dan bagaimana keadaan kita semasa menghembuskan nafas yang terakhir kita...adakah dalan keadaan husnul khatimah..ataupun sebaliknya...nauzubillah...

Marilah sahabat...kita mencri taufiq dan hidayah...dan mencari Redha Allah s.w.t...Allah hu Rabbi...selsin itu tidak lupa untuk bertebaran diatas muka bumi ini demi mencari rezeki yang dianugerahkan Ilahi..

pesanan ini juga buat ana...kadang2 ana leka hidup didunia...mencari kesenangan didunia...Namun,tugas ana sebagai khalifah di muka bumi ini mengingatkan sesama muslim....Semoga Allah s.w.t meredhai kehidupan kita bersama...dan pulang ke 'kampung akhirat' dengan disambut ucapan sejahtera daripada Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)

Alhamdulillah...Syukur diatas nikmat yang telah diberikan...
Sampai disini warkah ana sebagai khalifah diatas mua bumi Allah s.w.t...jika ana silap...mohon diperbetulkan ye...^_^ ana mnyusun sepuluh jari tanda kemaafan..jika terdapat khilaf ana sepanjang menulis warkah ini ...

Maassalamah...
Assalamualaikum w.b.t :)

No comments:

Post a Comment