Saturday, July 6, 2013

KiSaH JA'FAR BIN ABI THALIB

Assalamualaikum
Bismillah...

Ikuti sahabat Rasulullah yang syahid dijalan Allah dan pengorbanannya dalam mempertahankan agama Islam yang tercinta. Nama sahabat tersebut adalah Ja'far bin Abi Thalib

Beliau adalah sepupu sekaligus sahabat Rasulullah yang mirip dengan Rasulullah baik ujud tubuh,tingkah laku atau budi pekertinya.Beliau diberi gelar "Bapa Si Miskin", "Si Bersayap Dua di Syurga" atau "Si Burung Syurga".Salah seorang pelopor ternama Islam.

Ja'far termasuk di antara tiga serangkai yang diangkat Rasulullah menjadi panglima pasukan di Perang Muktah. Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang beserta senjata yang tak ditandingi tidak membuat Ja'far gentar,justeru membangkitkan semangat juang yang tinggi pada dirinya,kerana sedar akan kemuliaan seorang mukmin yang sejati,dan sebagai pahlawan yang ulungharuslah mempunyai semangat juang yang berlipat kali ganda dari musuh.

Sewaktu panji-panji pasukan hampir terlepas dari tangan Zaid bin Haritshah,dengan cepatnya disambar oleh Ja'far dan ia terus menyerbu ke tengah-tengah barisan musuh dan mengayunkan pedangnya terus mengenai musuhnya.Tentera Rom terus mengepungnya dan mereka menebas tangan kanannya hingga putus,tetapi sebelum panji jatuh ke tanah, cepat disambar dengan tangan kirinya. Lalu mereka tebas pula tangan kirinya,tetapi Ja'far mengepit panji itu dengan kedua pangkal lengannya ke dada. Ia bertekad skan memikul tanggungjawab untuk tidak membiarkan panji Rasulullah jatuh menyentuh tanah selagi ia masih hidup. Di saat jasadnya telah kaku tetapi panji masih tertacap di antara kedua lengan dan dadanya,datanglah Abdullah bin Rawahah membelah barisan musuh dan merenggut panji itu.

Demikianlah Ja'far mempertaruhkan nyawa dalam menempuh suatu kematian agung yang tiada taranya. Begitulah caranya ia menghadap Allah,berselimut darah kepahlawanannya. Menurut Abdullah bin Umar, ketika mendapati jasadnya,didapati luka-luka bekas tusukan pedang dan lemparan tombak lebih dari 90 tempat di tubuh Ja'far

Semoga memberi iktibar dan tauladan
Selamat membaca... :)

No comments:

Post a Comment