Kelebihan Al-Quran.
Firman Allah S.W.T
Ertinya : "Dan bacakanlah (Muhammad) apa yang diwahyukan kepadamu, iaitu Kitab Tuhanmu (Al-Quran). Tidak ada yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya. Dan kamu tidak dapat menemukan tempat berlindung selain daripadaNya.
(Surah Al-Kahfi : 27)
Maksud ayat ini jelas mengatakan bahawa, Al-Quran adalah sebuah kitab yang benar..Dimana isi kandungannya merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara.Al-Quran adalah kitab yang kekal sehingga ke akhir zaman..Tiada 1 ayat atau 1 huruf pun yang boleh diubah...Al-Quran juga adalah petunjuk bagi orang yang ingin bertaqwa...Berikut adalah nama-nama Al-Quran :
1. Al-Kitab (Kitab)
Perkataan
Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (kitabun) memberikan makna umum iaitu
sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al
Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam
hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.
Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya,
(menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.
(al-Baqarah: 2)
2. Al-Hudaa (Petunjuk)
Allah
SWT telah menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah petunjuk. Dalam satu ayat Allah
menyatakan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia (2:185) dan dalam satu ayat
yang lain Allah nyatakan ia sebagai petunjuk bagi orang-orang betaqwa. (3:138 )
Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya
diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil) …
(al-Baqarah: 185)
3. Al-Furqan (Pembeda)
Allah
SWT memberi nama lain bagi Al-Quran dengan Al-Furqan beerti Al-Quran sebagai
pembeda antara yang haq dan yang batil. Mengenali Al-Quran maka kesannya
sewajarnya dapat mengenal Al-Haq dan dapat membedakannya dengan kebatilan.
Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan
(Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad) …
(al-Furqan: 1)
4. Ar-Rahmah (Rahmat)
Allah
menamakan Al-Quran dengan rahmat kerana dengan Al-Quran ini akan melahirkan
iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al-Quran ini
mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan tersebut.
Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang
menjadi penawar serta rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi
orang-orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian.
(al-Isra:
82)
Panduan
yang Allah gariskan dalam Al-Quran menjadi cahaya dalam kehidupan dengan
mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada
kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesame
manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan
daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Dengan kitab itulah Allah member petunjuk kepada
orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu
pula) Allah mengeluarkan orang itu dari kegelapaan kepada cahaya dengan izinNya
dan menunjukkan ke jalan yang lurus.
(al-Maidah: 17)
6. Ar-Ruuh (Roh)
Allah
SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat
roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia tanpa roh akanmati,
busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al-Quran mampu
menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya.
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad)
Ruuh (Al-Quran) dengan perintah Kami, …
(ash-Shura: 52)
Allah
SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat manusia
melalui perantara nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut
penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan
bahawa Al-Quran adalah penyembuh dari penyakit-pnyakit yang ada dalam hati
manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.
Wahai manusia! Sungguh, telah Kami datangkan
kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit yang ada di
dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.
(Yunus: 57)
8. Al-Haq (Kebenaran)
Al-Quran
dinamakan dengan Al-Haq kerana dari awal hingga akhirnya, kandungan Al-Quran
adalah semuanya benar. Kebenaran ini adalah datang daripada Allah yang mencipta
manusia dan mangatur system hidup manusia dan Dia Maha Mengetahui
segala-galanya. Oleh itu, ukuran dan pandangan dari Al-Quran adalah sesuatu
yang sebenarnya mesti diikuti dan dijadikan priority yang paling utama dalam
mempertimbangkan sesuatu.
Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah
sekali-kali engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu.
(al-Baqarah: 147)
9. Al-Bayaan (Keterangan)
Al-Quran
adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang
apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang
batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain
itu Al-Quran juga menerangkan kisah-kisah uma terdahulu yang pernah mengingkari
perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.
Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk
semua manusia, dan menjadi petunjuk kepada seta pelajaran bagi orang-orang yang
bertakwa.
(Aali-Imran: 138 )
10. Al-Mau’izhah (Pengajaran)
Al-Quran
yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, kerana
manusia sentiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka
kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran
dan peringatan itu, manusia akan terlalai dan alpha dari tugasnya kerana
manusia sering didorong oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan dari mengingati dan
mentaati suruhan Allah.
Dan sungguh Kami telah mudahkan Al-Quran untuk
peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (daripada Al-Quran
ini).
(al-Qamar: 22)
11. Adz-Dzikr (Pemberi Peringatan)
Allah
SWT menyifatkan Al-Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya
Al-Quran itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa
yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai
hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesame manusia mahupun lupa
terhadap tuntutan-tututan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu
golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain
sebagai ibadah, Al-Quran itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab
kita.
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-zikra
(Al-Quran) dan Kamilah yang akan menjaganya (Al-Quran).
(al-Hijr: 9)
12. Al-Busyraa (Berita Gembira)
Al-Quran
sering menceritakan khabar gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah dan
menjalani hidup menurut kehendak dan jalan yang telah diatur oleh Al-Quran.
Khabar-khabar ini menyampaikan pengakhiran yang baik dan balasan yang
menggembirakan bagi orang-orang yang patuh dengan intipati Al-Quran. Telalu
banyak janji-janji gembiran yang pasti dari Allah untuk mereka yang beriman
dengan ayat-ayatNya.
Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan
setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan
engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran)
kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan
khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim).
(an-Nahl: 89)
No comments:
Post a Comment